Tuesday, September 15, 2009
Meluat
Dia tidak pernah berkata ...
“Tak apalah, last time awak bayar, sekarang turn saya pula, kita selang seli bayarlah”
Barangkali ada antara permbaca pernah berhadapan senario sebegitu sebaik selesai makan dan minum di gerai, restoran mahupun di hotel bersama rakan taulan. Rakan duduk semeja, makan bersama, tanpa kekok membuat pesanan tetapi amat liat menjelaskan bayaran juadah dimakan.
Apa salahnya, jika tidak dibayar semua bil, hulurkan sedikit wang berkadaran dengan hidangan dijamah. Hulurkan wang itu kepada rakan, sambil berkata ...
“Nah! Aku tambah sikit”
Tiada salahnya berbuat begitu. Jadi tidaklah rakan menjadi ‘mangsa’, terpaksa ‘menanggung’ semua bil bersendirian walhal makan bersama.
Mungkin ada berfikiran ...
“Dia bos, dia banyak duit, biarlah dia bayar semua” atau "Dia kerja bagus, gaji banyak, biar dia belanja semua”
Tetapi sampai bila? Tidakkah dia berasa segan, setiap kali selepas makan dan minum bersama, dia sentiasa lepas tangan begitu sahaja?
Meluat.
Pernah jumpa 'rakan' seperti itu?
Friday, September 11, 2009
Hukuman sebat: Kartika bukan yang pertama
1. Kartika bukan lah orang pertama disebat atas kesalahan minum arak. Di Kelantan seramai 6 orang lelaki telah pernah disebat. Tahun 1997; 4 orang, tahun 2001; seorang dan 2003; seorang.
2. Kartika juga bukan wanita pertama dijatuhi hukuman sebatan. Hukuman sebatan Syariah terhadap seorang pesalah wanita pernah diputuskan oleh Mahkamah Syariah Johor pada tahun 2000. Namun pesalah berkenaan telah membuat rayuan ke Mahkamah Rayuan Syariah dan hukuman sebatan telah diketepikan.
3. YA Hakim Dato’ Abdul Rahman yang menjatuhkan hukuman sebat ke atas Kartika juga telah pernah menjatuhkan hukuman yang sama beberapa tahun lalu ke atas 2 orang adik beradik yang melakukan kesalahan minum arak . Mereka juga memfailkan rayuan dan rayuan mereka belum didengar.
4. Tohmahan kononnya Kartika dijadikan target untuk disebat adalah fitnah besar terhadap institusi agama, kerana bukan hanya Kartika seorang yang ditangkap dan dijatuhi hukuman sedemikian.Pada masa kejadian, selain dari Kartika, juga telah ditangkap 2 orang lain.- seorang lelaki dan seorang wanita. Keduanya juga dijatuhi hukuman yang sama denda 5000 dan 6 sebatan, namun mereka telah memfailkan rayuan ke Mahkamah Rayuan Syariah Pahang. Justeru, bagi memastikan keadilan dan Kartika tidak dihukum lebih berat dari dua orang lagi yang merayu itu, kesnya telah diputuskan oleh Ketua Hakim Syarie Pahang untuk disemak semula.
5. Hukuman keatas Kartika belum dibatalkan, hanya digantung berikutan keputuasan Ketua Hakim Syarie Pahang, YAA Dato’ Abdul Hamid hendak membuat semakan terhadap hukuman ke atas Kartika.
6. Jabatan Penjara pula sudah pun mempunyai seramai 171 orang tukang sebat terlatih termasuk 2 orang tukan sebat wanita. Kesemua mereka terlatih dalam menyebat secara sivil, Syariah dan Kanak-kanak.
7. Seorang penyebat wanita telah membuat demo sebatan Syariah dengan penuh bergaya di hadapan Hakim Rayuan JKSM YA Dato’ Asri. YA kemudian mengesahkan dan berpuas hati dengan cara sebatan tersebut.
8. Prosedur sebatan Syariah adalah termaktub dalam sek.125 Tatacara Jenayah Syariah Pahang. Di Negeri lain pun ada tatacara yang sama. Gambarannya, apabila melakukan sebatan, hanya tangan yang terangkat tanpa menampakkan ketiak. Tidak seperti sebatan sivil yang memang bersifat cruel dan menyiksa pesalah, sebatan Syariah bersifat mendidik. Justeru adalah tidak wajar sebatan Syariah disamakan dengan sebatan sivil.
9. Kartika sendiri telah insaf dan bertaubat atas perbuatannya dan menuntut supaya beliau dekenakan hukuman berkenaan. Inilah bukti keberkesanan hukuman sedemikian di zaman ini. Keputusan sama ada Hukuman sebat ke atas Kartika akan dilaksanakan atau sebaliknya terserah kepada Jawatankuasa Rayuan Syariah Pahang yang akan bersidang bagi menyemak hukuman YA Hakim Mahkamah Tinggi Phang itu tidak lama lagi.
10. JAG dan SIS melalui memaorandum kepada PM telah mendesak Kerajaan Persekutuan untuk MEMANSUHKAN UNDANG-UNDANG JENAYAH SYARIAH YANG SEDANG berkuatkuasa di negeri-negeri. Tindakan yang sama juga pernah dilakukan melalui memeorandum yang di kemukakan kepada Kerajaan pada tahun 2005 dan ditandatangani oleh 300 individu dan NGO termasuk Menteri2 Kabinet beragama Islam yang sedang berkhidmat.
11. TINDAKAN JAG, SIS DAN KONCO-KONCO MEREKA INI ADALAH TINDAKAN BIADAP MENCEROBOH BIDANGKUASA JENAYAH SYARIAH NEGERI-NEGERI YANG TELAH KITA WARISI SEJAK ZAMAN SILAM DALAM KANUN UNDANG-UNDANG NEGERI-NEGERI MELAYU. (Sila rujuk sinchew.com untuk memorandum penuh mereka bertajuk “Justice For Kartika”
(Penulis ialah seorang hakim di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, yang tidak mahu dikenali namanya).
Tips kuruskan badan tanpa ubat
faiza318@gmail.com
Cara Untuk Kurus Tanpa ubat-ubatan
1. JANGAN BERLAPAR
Makanan memberi kita tenaga dan bila kita menggunakan tenaga kurang dari apa yang kita ambil, tubuh akan terkejut. Tubuh akan mula membakar muscle(otot) untuk menggantikan makanan. Ini menyebabkan kadar metabolisma tubuh menjadi rendah. Bila anda tidak tahan berlapar, pada kebiasaannya anda akan makan dengan lebih banyak. Pada masa ini, walaupun tahap pengambilan makanan anda telah kembali ke paras normal, tetapi metabolisma tubuh masih lagi rendah. Ini menyebabkan ia tidak membakar kalori pada tahap yang sama lagi
2. AMBIL SESUATU YANG PAHIT SEBELUM MAKAN
Minumlah kopi dan kumur beberapa saat sebelum makan. Cara ini menyebabkan tekak merasa pahit dan menghantar isyarat melalui otak bagi menggalakan rembesan enzim dan asid HCL. Kekurangan enzim dan asid HCL di dalam perut boleh menyebabkan ketidakcekapan penghadaman.
3. MINUM 8 GELAS AIR SEHARI
Air mengurangkan selera makan anda secara semulajadi dan membantu badan memetabolisma simpanan lemak di dalam tubuh. Sebelum makan makanan yang berat-berat, cuba minum air, pasti anda tidak akan makan dengan banyak.
4. ELAKKAN MINUM MINUMAN YANG BERGAS
Minuman bergas biasanya mengandungi 7-8 sudu gula dan tidak baik untuk kesihatan tubuh.
5. KURANGKAN PENGAMBILAN GARAM
Pengambilan garam yang tinggi menggalakan penangkungan air. Mengurangkan pengambilan garam bermakna badan anda menangkung sedikit air. Ini bermakna anda kurang berat yang disebabkan air.
6. AMBIL SARAPAN PAGI
Anda juga boleh menurunkan berat badan dengan pengambilan sarapan pagi. Menurut satu kajian, mereka yang tidak mengambil sarapan pagi lebih cenderung untuk gemuk berbanding dengan mereka yang mengambilnya. Bagaimana ia terjadi? Sarapan pagi menstabilkan hormone dan paras gula didalam darah. Kadar metabolsima juga meningkat untuk membakar kalori.
7. MAKANLAH DENGAN PERLAHAN-LAHAN
Nikmatilah makanan dengan perlahan-lahan dan jangan gopoh. Kerana apabila kita makan secara perlahan-lahan, tubuh akan menghantar isyarat menunjukan kepuasan.
8. KUNYAH MAKANAN KEPADA CEBISAN LEBIH KECIL
Kunyahlah makanan kepada cebisan lebih kecil sebelum menelan kerana dengan cara ini ia lebih mudah dihadam.
9. Biar makan kerap dengan kuantiti yang sedikit daripada makan hanya sekali, dua tetapi dengan kuantiti yang banyak.
10. Jika anda terasa ingin makan snek atau makanan ringan, beruslah gigi anda atau kunyahlah gula-gula getah. Rasa mint atau berangin di mulut akan membantutkan selera anda.
11. Kurangkan pengambilan marjerin, butter dalam makanan anda. Kalau boleh, usah ada di dalam peti ais anda.
12. Apabila makan di restoran atau gerai , pesanlah air limau nipis atau jus oren kerana minuman masam menggalakan pembakaran lemak. Mintalah minuman yang kurang gula.
13. Buah-buahan dan sayur-sayuran adalah sumber terbaik untuk vitamin, mineral dan serat dan kandungan lemak yang rendah.
14. Jangan timbang berat badan anda setiap hari kerana anda tidak akan nampak perubahannya. Jika anda minum banyak, dan waktu itu anda timbang berat badan yang pastinya meningkat, mungkin anda akan berputus asa untuk berdiet
15. Ambil makanan yang berempah Sesetengah rempah seperti cili, biji sawi, didapati boleh membakar kalori. Penambahan lada hitam bukan sahaja meningkatkan penghadaman, ia juga meningkatkan pembakaran lemak.
16. Pilih Lebih Banyak Bijirin dan Kekacang Dalam Makanan
Bijirin penuh adalah sumber utama tenaga. Bijiran dan hasil bijirin banyak mengandungi karbohidrat kompleks, protein, vitamin, mineral dan sedikit lemak.
17. SIMPAN SATU DIARI
Simpan satu diari makanan boleh berpengaruh besar dalam proses penurunan berat badan. Rekodkan dalam sehari, berapa kali anda makan dan berapa banyak, tahap kelaparan yang memerlukan anda makan, dan perasaan anda ketika makan. Diari makanan boleh membuatkan anda peka kepada keinginan makan anda. Setelah beberapa lama membuat catatan, perhati dan kenal pasti di mana anda boleh membuat atau perbaiki tabiat pemakanan anda kepada yang lebih sihat. Diari ini juga boleh membuatkan anda lebih fokus dan lebih komited terhadap pelan diet anda. Mulakan diari makanan anda dan rajin-rajinlah membuat catatan.
18. TUMPUKAN PERHATIAN UNTUK SIHAT, BUKAN KURUS
Ramai orang lebih berjaya dalam penurunan berat badan dalam jangka masa panjang apabila mereka menukar motif mereka daripada untuk kurus kepada untuk kekal sihat dan segar. Tukarlah fikiran anda untuk memikirkan dan memilih makanan apa yang boleh menyihatkan tubuh badan.
19. Cara memasak paling baik untuk mengurangi jumlah kalori dalam makanan adalah merebus memanggang atau mengukus. Khusus untuk sayuran, anda boleh menumisnya dengan sedikit minyak(misalnya satu sudu minyak masak). Hindari minyak atau lemak haiwan.
20. Ketika memilih piring makanan , ambilah piring yang rata dan bukan piring cekung. Ambil sayuran dahulu untuk memenuhi piring, kemudian baru nasi dan yang terakhir, lauk dagingnya. Jika ingin tambah, hanya sayuran yang boleh anda ambil. Jangan lupa, makanlah di meja makan dan jangan di sembarang tempat apa lagi sambil menonton tv. Sebab, makin menarik program tv, semakin banyak makanan ringan yang anda habiskan!
21. Selain memberi peluang makanan untuk turun , kebiasaan berjalan-jalan sesudah makan akan membantu menghabiskan sebahagian kalori dari makanan itu. Setiap 25 langkah anda berjalan satu kalori akan diguna. Lebih-lebih lagi anda menaiki tangga. Tentu saja semua ini harus dilakukan dengan santai kerana perut anda baru saja terisi.
22. Khusus bagi kaum wanita , yang juga perlu diperhatikan adalah tabiat berbelanja dan memasak. Seelok-eloknya, tidak berbelanja semasa perut kosong. Rancanglah perbelanjaan sesuai dengan keperluan. Jika ingin membeli makanan, kunjungilah dahulu gerai buah dan sayuran. Gerai makanan segera harus anda kunjungi paling akhir sekali jika memang benar-benar memerlukannya.
23. Untuk mengempiskan perut , gerakan punggung yang ringan tetapi lama akan lebih efektif. Latihan dapat dilakukan dengan alat seperti untuk permainan hula hoop. Gerakan ini mungkin boleh disamakan dengan gerakan penari gelek, dangdut atau hula-hula yang memiliki perut lebih kecil dan cantik.
24. Kurangkan pengambilan gula kerana setiap satu sudu gula mengandungi 32 kilokalori.
25. Beberapa aktiviti fizikal yang mudah untuk langsing
i. Jalan cepat. Gunalah kasut yang cukup selesa dipakai agar kaki tidak melecet dan sihat
ii. Gunakan tangga untuk naik ke tingkat atas. Jika terlalu tinggi,naik tangga untuk beberapa tingkat, kemudian sambunglah denagan menaiki lif
iii. Renang adalah latihan menyeluruh. Berenang dengan laju dengan nafas yang dalam
iv. Bersenam atau peregangan, sangat baik bagi otot-otot dan sendi-sendi yang kaku. Melenturkan otot dapat melancarkan peredaran darah
v. Tunggang basikal dan kayuh perlahan-lahan tetapi dalam tempoh yang lama. Ini dapat mencantik dan merampingkan peha.”
Boroi petanda kesihatan dalam bahaya
Oleh NORLAILA HAMIMA JAMALUDDIN
SETIAP kali membeli barang keperluan untuk diisi dalam rak dapur, penulis menghabiskan banyak masa cuba memahami makna label yang sehalus semut untuk mengetahui kandungan barang dibeli.
Lama membelek dan membandingkan dua tiga jenama, termasuk yang baru di pasaran, akhirnya penulis mencapai barangan lebih popular di arena iklan dan maklumat pada label ditolak ke tepi - kerana tidak faham.
Bertanya kepada rakan, rupa-rupanya penulis tidak bersendirian. Ramai juga tidak �berapa tahu� makna terselindung di sebalik senarai panjang bahan, terutama nama saintifik seperti tertera di bungkusan pembalut.
Pakar Diet Weight Management Information Center Berhad (WMIC), Lee Ching Li, berkata kurang faham mengenai maklumat pemakanan pada barang dibeli menyebabkan ramai gagal menurunkan berat badan, walaupun kurang makan.
Malah, tidak kurang merungut dan berputus asa melihat jarum penimbang menunjukkan angka lebih besar sebelum mereka mengamalkan diet dan hanya makan makanan terpilih.
�Bahan yang terkandung dalam makanan disenaraikan mengikut kuantiti. Bahan yang ditulis dulu atau pada kedudukan teratas, kuantitinya paling banyak. Jika tidak ditulis beratnya pun, kita masih boleh buat anggaran kasar.
�Caranya mudah. Contohnya kandungan gula. Semua perkataan berakhir dengan -sa seperti sukrosa, glukosa, maltosa atau fruktosa adalah gula. Madu, gula tebu, susu pekat, molasses dan sebarang sirap buah juga adalah gula. Jadi kiralah berapa kali nama-nama ini ditulis.
�Begitu juga lemak. Perkataan minyak, lemak dihidrogenkan separa atau penuh, lemak sayuran, mentega, marjerin, lelemak, lemak konfeksionari atau lemak gantian semuanya membawa makna sama: lemak.
�Nama saintifik memang boleh mengelirukan kita, tetapi ambil cara yang mudah. Ingat perkataan yang berakhir dengan -sa adalah gula dan semua sodium, tidak kira apa jenisnya adalah garam,� katanya.
Perkara kedua penting untuk diberi perhatian adalah saiz hidangan. Boleh dikatakan hampir semua makanan kini disertakan dengan saiz hidangan yang dicadangkan pengeluar bersama peratusan kandungannya dan jumlah kalori.
Jika ditulis satu hidangan bersamaan tiga keping biskut atau 250 mililiter jus buah, bermakna kita disarankan makan tiga keping biskut saja atau minum 250 mililiter jus sehari.
�Jika kita makan enam keping biskut, bermakna kita makan dua hidangan. Kandungan lemak dan gulanya mungkin jauh lebih tinggi daripada sepinggan nasi. Ini antara punca ramai gagal menurunkan berat badan, walaupun mereka tidak makan nasi,� katanya.
Pengarah Eksekutif WMIC, Pauline Low, pula berkata pengurusan berat badan perlu bermula sejak kecil, seawal mungkin dengan mengamalkan pemakanan seimbang dan kerap bersenam kerana ketika ini anak lebih mudah dilatih.
Lebih penting, ibu bapa perlu menjadi teladan terbaik kepada anak-anak. Caranya juga mudah iaitu kurangkan makan di luar, sebaliknya masak sendiri makanan anda dengan memilih resipi menyihatkan serta kurangkan makanan diproses (seperti nugget, daging burger, sosej, biskut).
�Jangan jadikan �makanan�, terutama makanan segera, sebagai hadiah untuk anak atau diri sendiri. Kunjungan ke restoran makanan segera pula tidak seharusnya menjadi aktiviti yang ditunggu-tunggu anak-anak.
�Sesekali makan di luar itu bagus untuk mengeratkan ikatan keluarga, tetapi ajarlah anak memilih sajian menyihatkan. Contohnya, mi sup jauh lebih menyihatkan daripada mi goreng atau galakkan anak memilih hidangan yang banyak serat kerana ia cepat mengenyangkan,� katanya.
Bimbang dengan peningkatan kanak-kanak obes, Low berkata, ibu bapa perlu membawa anak mendapatkan pemeriksaan untuk memastikan ia bukan disebabkan masalah kesihatan.
Bagaimanapun, kanak-kanak tidak perlu mengamalkan diet kerana mereka, terutama yang aktif, memang banyak menggunakan tenaga. Namun, ibu bapa hendaklah mengawal pertambahan berat supaya seimbang dengan ketinggian.
Penjagaan berat badan, khususnya bagi anak obes, adalah tanggungjawab seisi keluarga. Maknanya, bukan saja daripada segi pemilihan makanan seimbang, tetapi turut memb a b i tkan kegiatan harian yang aktif dan selalu bersenam.
Lebih baik jika ia dijadikan aktiviti keluarga bagi mengurangkan anak menghabiskan terlalu banyak masa di depan komputer dan televisyen.
Individu yang mengalami masalah berat badan juga boleh mendapatkan khidmat nasihat percuma daripada pakar pemakanan di WMIC, selain menjalani analisis berat dan kandungan lemak dalam badan.
Tiga kaedah digunakan iaitu melalui penentuan Indeks Jisim Tubuh (BMI), saringan kandungan lemak badan dan ukuran pinggang yang disaran dilakukan setiap bulan.
Mengapa ukuran pinggang juga penting? Individu boroi perlu ambil perhatian. Boroi bukan saja tidak cantik, tetapi ia petanda bahaya. Ini kerana kebanyakan organ penting ada di sini dan kehadiran lemak berlebihan boleh menjejaskan fungsi organ berkenaan lalu menimbulkan pelbagai masalah kesihatan.
�Tiada jalan mudah untuk kurus. Ia perlukan masa, kesabaran dan disiplin menjaga makan serta bersenam. Jangan terpengaruh dengan iklan ubat kurus badan, terutama pil dan herba yang tidak diiktiraf kerajaan.
“Jika masih mahu ambil pil kurus, pastikan ia di bawah seliaan doktor. Berbincang dengan doktor mengenai hal ini dan pastikan juga anda faham kesan sampingan setiap ubat. Jangan bahayakan kesihatan semata-mata ingin cepat kurus,” katanya
Teknik cakaran harimau
(faiza318@gmail.com)
1)Langkah Pertama
- dalam urutan cakaran harimau ialah seseorang isteri perlu mengurut tengkuk suami mereka dengan penuh kasih sayang memandangkan bahagian itu terdapat banyak urat tegang yang perlu diuraikan.
2)Langkah Kedua
- mengurut pada bahagian bahu hingga ke lengan dan diikuti ….
3)Langkah Ketiga
- dengan membuat `jemput-jemput’ pada bahagian tulang belikat.
4)Langkah Keempat & 5)Langkah Kelima
- merupakan sentuhan yang cukup penting dan perlu kreatif dan ia dimulai dengan `cakaran harimau’ - menggunakan kuku yang telah dipotong bermula dari bahagian tengkuk membawa ke pinggang.
Cakaran itu hendaklah diselang-selikan dengan urutan labah-labah, bermula dari pinggang hingga ke bahagian tengkuk. Perlu diingat cakaran itu hendaklah berupa cakaran manja dan dilakukan dengan penuh kasih sayang,” jelasnya kepada Utusan Malaysia hari ini.
6) Langkah Keenam
- dengan menggenggam kedua-dua tapak tangan dan kemudian tepuk-tepuk pada bahagian belakang badan suami dari atas hingga ke pinggang.
7)Langkah Ketujuh
- sebenarnya merupakan satu `bonus’ tambahan di mana setelah diurut, suami berasa tenang dan seronok.
8)Langkah Kelapan
- Selepas itu, bisikan kalimah sayang ke telinga suami seperti `Saya cinta padamu’ atau dalam bahasa Hindi `me tum fe Piar kar pi hu,” katanya.
Minum air waktu sahur dari perspektif perubatan
Oleh DR OSMAN NASIR
Bersahur itu sangatlah dituntut kepada orang-orang yang berpuasa.
Diriwayatkan Ahmad dari Abu Sa’id bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yng maksudnya: “Bersahur itu adalah suatu keberkatan. Maka janganlah kamu meninggalkannya walaupun dengan hanya meneguk air seteguk,kerana Allah dan para Malaikat berselawat atas orang-orang yang bersahur.”
Sunah bersahur ini membezakan puasa cara Islam dengan puasa agama dan bangsa lain di dunia ini. Diriwayatkan oleh Muslim dari Amer ibn ‘Ash, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Yang membezakan antara puasa kita dengan puasa Yahudi Nashara (ahli kitab) ialah makan sahur.”
Begitu kuat penekanan dari Rasulullah s.a.w kepada kita agar bersahur sehingga kalau rasa tidak boleh makan kerana kenyang atau lain-lain sebab cukuplah dengan hanya seteguk air.
Apa Fungsi Air kepada kita?
Penekanan tegas Nabi agar seteguk air pun baik untuk bersahur jika kita rasa tidak hendak makan menunjukkan bahawa kehadiran air dalam tubuh kita telah diketahui sangat pentingnya oleh Rasulullah s.a.w. Dan sains perubatan telah lama mencatitkan ini dalam buku-buku perubatan.
Air dan Fungsinya.
Air sangat penting kepada tubuh. Air boleh berfungsi sebagai pelarut dan juga sebagai ‘pengakutan nutrien’ tak organik. Air diperlukan dalam pembentukan struktur tisu seperti darah sempurna, otot dan tulang.
Minum Air waktu Sahur
Penyejatan air dari kulit dan penghembusan keluar air ke udara dari peparu penting untuk pengawal aturan suhu tubuh. Air memindahkan suhu dari satu bahagian tubuh kebahagian lain; di mana perpindahan air ini menstabilkan suhu tubuh. Tubuh menggunakan air untuk membolehkan buah pinggang berfungsi secara normal. Kebanyakan bahan kumuhan tubuh dikumuhkan melalui buah pinggang. Cecair tubuh menjadi medium (pengantara) untuk enzim dalam keadaan larut, hormon dan koenzim. Enzim ialah protein yang memulakan dan mencepatkan tindakbalas. Hormon ialah rembesan kelenjar yang bertindak sebagai pengutus kepada organ tubuh dengan merangsangkan beberapa proses kehidupan dan merencatkan yang lain. Koenzim ialah sebahagian enzim yang diperlukan untuk pengaktifan molekul protein untuk membentuk satu enzim yang sempurna. Air juga menolong menyelenggarakan imbangan elektrolit dan juga bertindak sebagai pelincir dalam pencernaan serta proses-proses lain dalam tubuh.
Air Liur
Air liur memudahkan pengunyahan dan penelanan. Kadar air liur sentiasa mesti cukup. Kadar pengaliran air liur yang rendah (kadar air liur rehat secara purata ialah 0.208 ml/minit, dapat meningkatkan kejadian karies (caries) kerana ia mengganggu pembuangan sisa-sisa makanan kariogenik di dalam mulut. (karies -kebusukan dan luluhan bahan pada gigi). Air liur yang dirembeskan dalam keadaan biasa sedikit sahaja mengandungi glukosa dan tidak ada sukrosa. Apabila makanan yang kaya dengan gula dimakan kepekatan gula dalam air liur meningkat lebih daripada 1 mg/ml sehingga menghasilkan pH yang cukup rendah untuk memulakan pendemineralan gigi. Dengan itu, pengambilan makanan yang kaya dengan gula dan kadar pengaliran air liur yang rendah membuatkan gula menjadi tersedia ada kepada mikroorganisma dalam jangka masa yang panjang sehingga dapat menghasilkan asid yang cukup untuk membolehkan karies gigi berkembang.
Disinilah saranan Rasulullah s.a.w. agar kita berbuka dengan sedikit juadah manis seperti kurma adalah satu saranan yang baik untuk kesihatan tubuh sekaligus merupakan saranan yang saintifik.!
Dalam keadaan normal, sebanyak tiga liter air hilang daripada tubuh setiap hari. Sebahagiannya dikeluarkan sebagai air kencing, ada melalui kulit, paru-paru dan najis. Oleh itu, kira-kira tiga liter perlu diambil setiap hari untuk menggantikan apa yang telah dikumuhkan.
Sumber air adalah daripada minuman, hasil pengoksidaan makanan dan makanan basah. Air daripada pengoksidaan makanan dan bahan makanan basah dirujukkan sebagai air metabolik.
Minum Air Sihatkan Tubuh- Jauhkan Penyakit.
Kajian sains menunjukkan bahwa walaupun satu daripada sebab sesuatu penyakit dalam tubuh kita adalah kerana kehadiran kuman, bakteria dan lain-lain unsur luar. Tapi punca akar umbinya ialah kerana sistem perparitan dalam tubuh yakni sistem aliran darah dan lain-lain sistem perkumuhan telah tersumbat dengan banyaknya bahan toksid dan lain-lain bahan kotor yang wujud kerana makan terlalu banyak sehingga tidak sempat dihazamkan; kurang minum air, kurang makan sayur dan buah-buahan.
Cara yang paling baik ialah minum air bersih setiap hari dan minum jus buah-buahan (buat sendiri di rumah untuk elakkan campuran bahan lain di kedai). Meminum air yang banyak boleh menyebabkan sistem yang tersumbat dalam tubuh dibersihkan dan terkeluarnya bahan yang tidak diperlukan termasuk bahan toksid.
Orang yang puasa hendaklah banyak minum air ketika sahur dan berbuka. Kurangnya air dalam tubuh boleh menyebabkan dehaidrasi (dehyration)- kekeringan tubuh.
Maka itulah sebabnya agama Islam memastikan bahawa perintah puasa bersesuaian dengan SUNAH penciptaan manusia- hanya berpuasa dari Subuh hingga Maghrib. Ini sekaligus mengelakkan dari bahaya dehaidrasi dan lain-lain penyakit.
Inilah sebabnya kita disuruh berbuka dengan minum air dan makan bahan makanan manis sedikit. Dan inilah juga yang membezakan puasa umat Islam dengan puasa bangsa-bangsa lain.
Berpuasalah sebagaimana Nabi kita berpuasa: pasti kita selamat dan sihat.
KOMET MELANGGAR DUNIA 2012?
Dalam beberapa bulan kebelakangan ini aku terbaca bermacam teori tentang Hari Kiamat oleh pengkaji-pengkaji barat. Doomsday, Judgement Day atau apa sahaja perkaitannya telah hangat di perbincangkan kebelakangan ini. Teori-teori oleh saintist barat yang kebanyakkannya berkepercayaan Kristian (Protestant) berbalah pendapat dengan Catholic. Saintist yang lebih bersikap liberal dan moden cenderung kepada Kristian baru (Protestant) merangkakan Tahun 2012 sebagai hari akhir zaman bakal meletus. Aku sebagai seorang islam percaya hari kiamat boleh berlaku bila-bila masa. Tuhan sudah memberi banyak maklumat tentang kedatangannya. *****a tiada tarikh yang di berikan. Kita sebagai seorang islam wajib percaya tentang kiamat tetapi tidak perlu untuk menentukan bila tarikhnya kerana hanya tuhan yang menentukannya.Mereka memberi banyak andaian kepada kalender Mayan dan Egyptian kuno yang menulis tentang teori 2012 berdasarkan kepada kiraan matematik kaum tersebut. Dalam jangka masa 4 tahun akan datang bermula dari tahun 2008 berbagai bentuk perubahan cuaca akan berlaku. Mereka mengandaikan perubahan cuaca telah bermula dengan kejadian di Myanmar dan China di mana peristiwa bencana alam yang melibatkan Angin dan gerakkan tanah. Kejadian rebut besar dan gempa bumi melibatkan kematian yang besar. Sesetengah pengkaji meramalkan London bakal di landa banjir besar yang akan menenggelamkan bandaraya itu dalam beberapa tahun ini. Sesetengah dari pengkali ini mula memberikan map atau beberapa lokasi yang di fikirkan selamat sekiranya penduduk London ingin lari dari melapetaka itu.
Lagi satu pendapat tentang peristiwa yang di katakan bakal berlaku adalah “13 month war” sesuatu yang aku sendiri juga tidak tahu apa maksudnya. Ramai pengkaji mula memikirkan peristiwa ini berdasarkan petikan dalam “BIBLE”. *****anya aku rasa perbincangan tentang kiamat merupakan topic yang bukan di perbincangkan oleh islam secara umumnya tetapi ahli kitab yang lain terutamanya penganut Kristian. Nampaknya mereka seperti bersedia awal untuk menantikan harinya. Walaupun jelas dari perbincagan dan perbalahan pendapat itu masing-masing tidak tahu bila berlakunya peristiwa ini.
Aku bukannya inginkan spekulasi yang menakutkan tetapi sekadar memberi bayangan tentang betapa kita semakin menghampiri kiamat. Tetapi *****a masanya sahaja kita tidak tahu. Jika mengikut ramalan pengkaji tadi tahun 2036, bermakna masih ada lebih kurang 28 tahun lagi perkara itu berlaku. Mungkin ramalan ini hanyalah sekadar ramalan biasa, kita sebagai orang islam dan taat kepada Qada dan Qadar semestinya faham akan situasi ini. *****a kita mestilah sentiasa beramal sepanjang masa dan tahu kewajipan kita kepada pencipta kita. Masanya akan datang. Ia pasti berlaku *****a kita tidak tahu bila. Tetapi yang penting kita mesti bersedia pada bila-bila masa.
Sumber:
http://lanjoy.wordpress.com