Thursday, October 29, 2009

50 CADANGAN AKTIVITI DI TASKA





















Anda masih memikirkan apa aktiviti yang sesuai untuk dilakukan bersama kanak-kanak di TASKA anda? Kali ini saya ingin berkongsi dengan anda 50 cadangan aktiviti yang boleh anda pilih mengikut kesesuaian usia kanak-kanak dan yang paling penting "kos rendah", mungkin sedikit masa yang diperlukan. Tapi, paling penting anda akan sama merasakan keseronokan bila melakukannya bersama kanak-kanak tersebut. Ada antara aktiviti ini yang memerlukan penglibatan ibu bapa kanak-kanak. Jadi, anda boleh cadangkan idea untuk ibu bapa juga sebagai asuhan awal dirumah bagi anak-anak mereka.

Pakar perkembangan bayi percaya bahawa tahun-tahun pertama kehidupan bayi merupakan tempoh utama pembelajaran berlaku. Anda tidak perlu muzik-muzik klasik, pita-pita belajar bahasa atau kad imbas untuk merangsang otak bayi atau kanak-kanak. Alat pembelajaran terbaik baginya ialah ANDA. Bercakap, menyanyi dan ketawa bersama-sama. .. jenis-jenis interaksi-interaksi harian begini adalah lebih penting. Namun, kadangkala memang sukar untuk memikirkan cara-cara baru untuk merangsang anak kecil dibawah jagaan anda. 50 aktiviti menarik (dan berdasarkan sains) yg disyorkan ini pasti membuahkan hasil. InsyaAllah...

1. BERTENTANG MATA.

Ambil peluang ketika mata si kecil terbuka luas dan lihat dalam-dalam anak matanya. Bayi kecil dapat mengenal wajah di awal usia dan wajah anda adalah yang paling penting. Setiap kali dia merenung anda, dia sedang membina memorinya.

2. BERCAKAP-CAKAP DENGANNYA.

Walaupun reaksi yang akan anda dapat adalah rupa keliru dan hairan di wajahnya, cuba berhenti sebentar di antara ayat untuk menggalakkan bayi memberi reaksi. Lama-kelamaan, dia akan dapat menangkap ritma perbualan dan mengisi ruang kosong yang anda biarkan senyap tadi.

3. JIKA BOLEH, SUSUKAN DENGAN SUSU BADAN.

Lakukan selama mana yang boleh. Dapatkan kerjasama dari ibu kanak-kanak (jika boleh). Tahukah anda bahawa kenyataannya adalah, kanak-kanak bersekolah yang disusukan badan semasa bayi tinggi IQnya. Tambahan pula, dengan menyusu badan anda dapat merapatkan hubungan dengan bayi sambil menyanyi, bercakap atau membelai rambutnya.

4. JELIRKAN LIDAH.

Kajian menunjukkan bahawa bayi yang baru lahir semuda dua hari dapat meniru pergerakan wajah yang mudah ia menandakan kaedah penyelesaian masalah di awal usia.

5. HASILKAN BUKU BINATANG.

Sekali lagi anda melawat zoo, ambillah gambar-gambar haiwan kesukaannya untuk dialbumkan atau mungkin boleh dapatkan potongan gambar haiwan untuk "buku skrap". Kemudian, bacalah buku itu bersama-sama sambil menamakan haiwan yang dikenali atau membuat bunyi-bunyi binatang dan cerita haiwan.

6. GELETEKLAH BAYI ANDA.

Geletek keseluruhan tubuhnya. Ketawa, merupakan langkah pertama dalam perkembangan humour bayi. Permainan seperti cak cekur dan labah-labah panjat perigi, dapat mengajar kanak-kanak bagaimana hendak menjangka apa yang bakal berlaku.

7. TUNJUKKAN PERBEZAAN.

Pegang dua keping gambar lebih kurang 8-12 inci jaraknya dari muka bayi anda. Gambar-gambar tersebut seharusnya lebih kurang sama tetapi ada sedikit perbezaan (mungkin salah satunya ada pokok dan satu lagi tiada). Bayi yang masih kecil pun boleh melihat kedua-duanya dengan teliti dan mencari perbezaannya. Ini dapat membantu perkembangan dalam pengecaman huruf dan pembacaan apabila dia besar kelak.

8. BERKONGSI PANDANGAN.

Bawalah kanak-kanak meneroka dan beritahu semua perkara yang anda nampak kepadanya. Tengok anak kucing tu atau besarkan pokok ni!? atau dengar tak bunyi bomba tu untuk membekalkan kanak-kanak dengan sebanyak mungkin perbendaharaan kata.

9. NYANYIKAN LAGU UNTUKNYA.

Belajarlah sebanyak mungkin lagu yang anda boleh atau rekalah lagu anda sendiri (mari kita tukar lampin, tukar lampin, tukar lampin..). Mainkan lagu Beethoven atau Beatles. Ada kajian yang mencadangkan bahawa mempelajari ritma muzik, ada kaitan dengan pembelajaran matematik.

10. GUNAKAN MASA MENUKAR LAMPIN SEPENUHNYA.

Gunakan waktu menukar lampin untuk mengajar bahagian-bahagian badan atau pakaian. Ceritakan sambil menukar lampin untuk mengajar bayi menjangka rutin.

11. SENTUH DAN RASA.

Simpan sekotak helaian kain dengan tekstur yang berbeza-beza; sutera, kain tuala, kain kapas dan linen. Perlahan-lahan sapukan kain-kain tersebut pada pipi, kaki dan perut bayi sambil bercerita bagaimana rasanya.

12. PERGI MEMBELI-BELAH.

Bila anda perlukan rehat daripada menari dan menyanyi, lawatlah pasaraya. Wajah-wajah, bunyi-bunyian dan warna-warna yang ada di sana menghiburkan kanak-kanak.

13. BERI KATA KUNCI.

Jika anda berkata "ibu@kakak nak buka lampu ni, sebelum menekan suis, anda sedang mengajar sebab dan akibat.

14. BERI KEJUTAN.

Kadangkala, gembirakan bayi dengan meniup muka, tangan atau perutnya perlahan-lahan. Cuba tiup sambil membuat corak dan lihat reaksinya.

15. SEDIAKAN BANYAK TISU.

Jika kanak-kanak suka main tisu, berikannya peluang itu. Cuma, pastikan tisu itu tidak menjadi sumber makanannya pula Dengan hanya beberapa sen, anda mendapat alat mainan deria yang boleh direnyuk dan digosok. Sorokkan mainan kecil di bawah tisu dan biarkan dia mencari.

16. BACA BUKU.

Berulangkali. Saintis telah mendapati bahawa bayi semuda lapan bulan dapat belajar mengenali turutan dalam cerita jika dibaca dua atau tiga kali berturutan, ia dipercayai membantunya belajar bahasa.

17. MAIN CAK-CAK.

Menyorok-nyorok bukan sahaja dapat membuatkan dia ketawa. Bayi anda belajar bahawa objek boleh hilang dan muncul kembali.

18. JANGAN LUPA REHAT.

Luangkan masa beberapa minit sehari dengan hanya duduk di atas lantai bersama kanak-kanak tanpa muzik, tanpa cahaya terang, tanpa mainan. Hanya biarkan anak meneroka dan lihatlah ke mana dia membawa anda.

19. MAIN DENGAN WARNA.

Pilih satu warna dan suruh kanak-kanak cari objek lain yang sama warna. Kemudian, suruh pula kanak-kanak memilih warna untuk anda pula mencarinya.

20. BIARKAN DIA BERMAIN DENGAN MAKANANNYA.

Apabila kanak-kanak sudah boleh makan, hidangkan makanan dengan tekstur yang berbeza termasuklah kacang pea dimasak, bijirin, pasta atau cebisan daging dikisar. Dia dapat berlatih mencubit dan meneroka deria rasanya.

21. ANGKATKAN SAHAJA.

Jika bayi asyik menjatuhkan barang mainannya dari kerusi makannya yang tinggi, angkatkan dan beri kembali kepadanya walau berapa kali pun dia melakukannya. Dia sebenarnya sedang belajar dan menguji hukum graviti. Berikan dia beberapa keping kertas atau bola tennis, letakkan besen besar di bawah kerusinya dan biarkan dia menjalankan eksperimennya sendiri.

22. BIAR DIA MEMBEBEL.

Bayi memahami suara tinggi dan bunyian aneh yang anda buat.

23. LATIHAN MENEKA.

Gunakan beberapa cawan plastic dan sorokkan satu permainan kecil di bawah salah satu cawan tersebut dan biarkan dia meneka sambil mencari mainannya.

24. BINA LALUAN HALANGAN.

Tingkatkan kemahiran motor dengan meletakkan kusyen sofa, bantal, kotak atu permainan diatas lantai dan kemudian tunjukkan kepada bayi bagaimana hendak merangkak di bawah, di atas atau di sekeliling halangan tersebut.

25. IKUT RENTAKNYA.

Semakin anak anda membesar, dia semakin suka mencuba kreativitinya untuk melihat jika anda benar-benar mengikut apa yang dia lakukan seperti membuat bunyi aneh, merangkak secara terbalik atau ketawa.

26. BUAT MUKA LAWAK.

Kembungkan pipi dan suruh kanak-kanak sentuh hidung anda. Bila dia sentuh sahaja, poof! Tiupkan ke mukanya. Suruh dia tarik telinga anda dan jelirkan lidah. Buat bunyi yang pelik ketika dia memegang kepala anda. Amalkan rutin yang sama tiga ke empat kali dan kemudian tukar caranya untuk membiarkan anak kembali meneka.

27. RASA SEKELILING ANDA.

Berjalan-jalanlah di sekitar luar dengan mendukung bayi. Letakkan tangannya pada tingkap, kain, daun dan objek-objek selamat yang lain sambil melabel barangan tersebut.

28. CERITAKAN KISAH DONGENG.

Pilih kisah dongeng kegemarannya dan tukarkan nama watak utama ke nama anak supaya dia seronok.

29. BAYANGAN WAJAH.

Biarkan bayi anda merenung dirinya di dalam cermin. Dia mungkin menyangka yang dia sedang memerhatikan budak comel yang lain, tetapi dia akan menyukainya bila bayi yang lagi satu senyum dan melambai padanya.

30. (KADANGKALA) BIARKAN DIA JADI BOS.

Bina keyakinannya dengan memberi peluang untuk dia memilih salah satu daripada dua pilihan: mangkuk berlainan warna ketika waktu makan, contohnya. Dia akan tahu bahawa keputusannya diambil kira ? dan boleh berlatih menghafal nama warna.

31. GOYANGKAN BADAN.

Ajar anak untuk menari twist dan menjerit, mengepak seperti ayam atau berpusing seperti ballerina.

32. JADILAH TAMAN PERMAINAN.

Berbaring di atas lantai dan biarkan bayi anda memanjat dan merangkak di atas anda. Ia lebih murah daripada membeli gymnasium mainan dan lebih menyeronokkan. Anda dapat meningkatkan koordinasi dan kemahiran menyelesaikan masalahnya.

33. KIRA SEMUANYA.

Kira berapa banyak blok kayu yang boleh anak anda susunkan. Atau jumlah anak tangga dalam rumah anda. Atau jari jemari tangan dan kakinya. Kira dengan kuat dan pasti dia akan mengikut anda.

34. GUNAKAN MASA BERCERITA SEPENUHNYA.

Tunjukkan segala gambar dengan terperinci, dan tanya kanak-kanak segala jenis soalan daripada soalan abstrak (adik rasa kenapa Pekan nak makan telur tembakul ibunya??) sehinggalah ke soalan konkrit (Pernah tak adik nampak kucing putih??)

35. TUTUP TV.

Bayi anda memerlukan interaksi secara berdepan drngan seseorang yang tidak dapat diberikan oleh rancangan TV, walau sebaik manapun rancangan itu mengajarnya

36. TUKAR PEMANDANGAN.

Tukar kedudukan kerusi makannya di sebelah meja yang lain. Anda dapat mencabar memorinya untuk mengingat di mana hidangan diletakkan setiap kali waktu makan.

37. MAIN PERMAINAN MEMORI WAJAH KELUARGA.

Ambil gambar wajah-wajah ahli keluarga yang penting dlam kehidupan bayi, buat dua salinan bagi setiap satu gambar dan anda sudahpun ada satu set kad suai padan. Susunkan ia menghadap ke atas di atas lantai, dan bantu anak anda mencari dua kad yang serupa. Semakin bayi membesar, anda boleh mengubah cara bermain dengan menyusunnya menghadap ke bawah (menelangkupkannya) .

38. RAKAM VIDEO UNTUKNYA.

Tonton video bayi mandi buat kali pertama, belajar merangkak, main dengan nenek dan datuk bersama-sama dengannya. Ceritakan kisah video itu untuk mengasah kemahiran berbahas dan memorinya.

39. MAIN HUJAN.

Lompat ke dalam lopak air yang besar. Duduk di atas rumput basah bersamanya. Walaupun kotor, ianya menyeronokkan dan merupakan salah satu cara belajar tentang basah dan kering.

40. MENANGKAP SERANGGA.

Tunjukkan gambar serangga tidak berbahaya (kumbang ladybird, cengkerik, rama-rama) di dalam majalah atau buku, kemudian pergi ke taman bunga untuk mencarinya.

41. BERGURAU-SENDA.

Tunjukkan gambar Pak Cik Mat dan katakan "Ini Ibu.? Kemudian akui kebodohan anda dan ketawakan gurauan anda itu untuk membina naluri humour dalam dirinya.

42. MAIN DENGAN PAKAIAN.

Biarkan anak anda bermain dengan pakaian lama ayahnya. Cari kembali topi-topi, skarf atau sarung tangan lama. Main permainan olok-olok dan biarkan kreativiti dan imaginasinya membawa anda.

43. AJAR TENTANG ISIPADU.

Kumpulkan cawan-cawan atau bekas plastik yang berbeza saiz, dan biarkan anak anda memenuhkan air ke dalamnya. Kadangkala, dia akan hanya menuangkan sehingga setengah penuh. Terangkan kepadanya cawan yang mana lebih besar dan yang mana lebih kecil.

44. HASILKAN ALBUM KELUARGA.

Masukkan gambar saudara mara jauh dan dekat, selalulah melihatnya untuk membina memori anak anda. Sewaktu neneknya menelefon, tunjukkan gambar nenek sewaktu anak bercakap dengannya di telefon. Ini sesuai dilakukan dirumah yang memerlukan penglibatan ibu bapa.

45. SURUH ANAK MEMBUAT KERJA.

Anak kecil boleh membantu mengasingkan pakaian yang ingin dicuci mengikut warna. Dia juga boleh mengasingkan bajunya di antara baju-baju lain.

46. PERGI KE PERPUSTAKAAN.

Ambil peluang bila perpustakaan anda menganjurkan sesi bercerita atau tayangan teater boneka. Selain itu, barisan buku-buku juga pasti tidak menjemukan.

47. CONTOHI CARA SESAME STREET.

Khaskan satu minggu untuk satu abjad. Contohnya, baca buku yang bermula dari A, makan makanan A, potong snek mengikut bentuk A, dan tulis huruf A di halaman luar dengan kapur.

48. MAIN BERULANG-ULANG.

Cari semula permainan lamanya sewaktu dia masih bayi. Anda pasti kagum dengan kebolehannya mencari cara baru untuk bermain dengan permainan lamanya itu.

49. MAIN TIRU-MENIRU.

Merangkak dengan kelajuan yang berbeza-beza supaya kanak-kanak boleh meniru anda. Berhenti sekali-sekala untuk bermain permainan lain.

50. BERCAKAP TENTANG PERASAAN.

Peluklah dia waktu dia ingin tidur dan tanya apa yang membuatkan dia gembira atau sedih hari ini. Apa yang membuatnya marah atau bangga. Anda akan bantu dia memahami apa yang telah berlaku dan cara melabel emosi.

(Idea asal boleh dirujuk di http://alkiram.net/salam/2008/04/25/tips-nice-family/)

Tuesday, September 15, 2009

Meluat

Dia buat tidak endah. Mungkin menganggap hidangan disajikan percuma, lalu langsung tidak menunjukkan niat atau inisiatif membayar. Mungkin dia menganggap kita ‘taukeh’, sentiasa mempunyai wang mencukupi di kocek melangsaikan bil kepunyaannya.

Dia tidak pernah berkata ...

“Tak apalah, last time awak bayar, sekarang turn saya pula, kita selang seli bayarlah”

Barangkali ada antara permbaca pernah berhadapan senario sebegitu sebaik selesai makan dan minum di gerai, restoran mahupun di hotel bersama rakan taulan. Rakan duduk semeja, makan bersama, tanpa kekok membuat pesanan tetapi amat liat menjelaskan bayaran juadah dimakan.

Apa salahnya, jika tidak dibayar semua bil, hulurkan sedikit wang berkadaran dengan hidangan dijamah. Hulurkan wang itu kepada rakan, sambil berkata ...

“Nah! Aku tambah sikit”

Tiada salahnya berbuat begitu. Jadi tidaklah rakan menjadi ‘mangsa’, terpaksa ‘menanggung’ semua bil bersendirian walhal makan bersama.

Mungkin ada berfikiran ...

“Dia bos, dia banyak duit, biarlah dia bayar semua” atau "Dia kerja bagus, gaji banyak, biar dia belanja semua”

Tetapi sampai bila? Tidakkah dia berasa segan, setiap kali selepas makan dan minum bersama, dia sentiasa lepas tangan begitu sahaja?

Meluat.

Pernah jumpa 'rakan' seperti itu?

Friday, September 11, 2009

Hukuman sebat: Kartika bukan yang pertama

Ekoran dari isu hukuman sebat terhadap bekas model Kartika Sari Dewi Sukarno, wajar diperjelaskan bahawa –

1. Kartika bukan lah orang pertama disebat atas kesalahan minum arak. Di Kelantan seramai 6 orang lelaki telah pernah disebat. Tahun 1997; 4 orang, tahun 2001; seorang dan 2003; seorang.

2. Kartika juga bukan wanita pertama dijatuhi hukuman sebatan. Hukuman sebatan Syariah terhadap seorang pesalah wanita pernah diputuskan oleh Mahkamah Syariah Johor pada tahun 2000. Namun pesalah berkenaan telah membuat rayuan ke Mahkamah Rayuan Syariah dan hukuman sebatan telah diketepikan.

3. YA Hakim Dato’ Abdul Rahman yang menjatuhkan hukuman sebat ke atas Kartika juga telah pernah menjatuhkan hukuman yang sama beberapa tahun lalu ke atas 2 orang adik beradik yang melakukan kesalahan minum arak . Mereka juga memfailkan rayuan dan rayuan mereka belum didengar.

4. Tohmahan kononnya Kartika dijadikan target untuk disebat adalah fitnah besar terhadap institusi agama, kerana bukan hanya Kartika seorang yang ditangkap dan dijatuhi hukuman sedemikian.Pada masa kejadian, selain dari Kartika, juga telah ditangkap 2 orang lain.- seorang lelaki dan seorang wanita. Keduanya juga dijatuhi hukuman yang sama denda 5000 dan 6 sebatan, namun mereka telah memfailkan rayuan ke Mahkamah Rayuan Syariah Pahang. Justeru, bagi memastikan keadilan dan Kartika tidak dihukum lebih berat dari dua orang lagi yang merayu itu, kesnya telah diputuskan oleh Ketua Hakim Syarie Pahang untuk disemak semula.

5. Hukuman keatas Kartika belum dibatalkan, hanya digantung berikutan keputuasan Ketua Hakim Syarie Pahang, YAA Dato’ Abdul Hamid hendak membuat semakan terhadap hukuman ke atas Kartika.

6. Jabatan Penjara pula sudah pun mempunyai seramai 171 orang tukang sebat terlatih termasuk 2 orang tukan sebat wanita. Kesemua mereka terlatih dalam menyebat secara sivil, Syariah dan Kanak-kanak.

7. Seorang penyebat wanita telah membuat demo sebatan Syariah dengan penuh bergaya di hadapan Hakim Rayuan JKSM YA Dato’ Asri. YA kemudian mengesahkan dan berpuas hati dengan cara sebatan tersebut.

8. Prosedur sebatan Syariah adalah termaktub dalam sek.125 Tatacara Jenayah Syariah Pahang. Di Negeri lain pun ada tatacara yang sama. Gambarannya, apabila melakukan sebatan, hanya tangan yang terangkat tanpa menampakkan ketiak. Tidak seperti sebatan sivil yang memang bersifat cruel dan menyiksa pesalah, sebatan Syariah bersifat mendidik. Justeru adalah tidak wajar sebatan Syariah disamakan dengan sebatan sivil.

9. Kartika sendiri telah insaf dan bertaubat atas perbuatannya dan menuntut supaya beliau dekenakan hukuman berkenaan. Inilah bukti keberkesanan hukuman sedemikian di zaman ini. Keputusan sama ada Hukuman sebat ke atas Kartika akan dilaksanakan atau sebaliknya terserah kepada Jawatankuasa Rayuan Syariah Pahang yang akan bersidang bagi menyemak hukuman YA Hakim Mahkamah Tinggi Phang itu tidak lama lagi.

10. JAG dan SIS melalui memaorandum kepada PM telah mendesak Kerajaan Persekutuan untuk MEMANSUHKAN UNDANG-UNDANG JENAYAH SYARIAH YANG SEDANG berkuatkuasa di negeri-negeri. Tindakan yang sama juga pernah dilakukan melalui memeorandum yang di kemukakan kepada Kerajaan pada tahun 2005 dan ditandatangani oleh 300 individu dan NGO termasuk Menteri2 Kabinet beragama Islam yang sedang berkhidmat.

11. TINDAKAN JAG, SIS DAN KONCO-KONCO MEREKA INI ADALAH TINDAKAN BIADAP MENCEROBOH BIDANGKUASA JENAYAH SYARIAH NEGERI-NEGERI YANG TELAH KITA WARISI SEJAK ZAMAN SILAM DALAM KANUN UNDANG-UNDANG NEGERI-NEGERI MELAYU. (Sila rujuk sinchew.com untuk memorandum penuh mereka bertajuk “Justice For Kartika”

(Penulis ialah seorang hakim di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, yang tidak mahu dikenali namanya).

Tips kuruskan badan tanpa ubat

faiza318@gmail.com

Cara Untuk Kurus Tanpa ubat-ubatan

1. JANGAN BERLAPAR

Makanan memberi kita tenaga dan bila kita menggunakan tenaga kurang dari apa yang kita ambil, tubuh akan terkejut. Tubuh akan mula membakar muscle(otot) untuk menggantikan makanan. Ini menyebabkan kadar metabolisma tubuh menjadi rendah. Bila anda tidak tahan berlapar, pada kebiasaannya anda akan makan dengan lebih banyak. Pada masa ini, walaupun tahap pengambilan makanan anda telah kembali ke paras normal, tetapi metabolisma tubuh masih lagi rendah. Ini menyebabkan ia tidak membakar kalori pada tahap yang sama lagi

2. AMBIL SESUATU YANG PAHIT SEBELUM MAKAN

Minumlah kopi dan kumur beberapa saat sebelum makan. Cara ini menyebabkan tekak merasa pahit dan menghantar isyarat melalui otak bagi menggalakan rembesan enzim dan asid HCL. Kekurangan enzim dan asid HCL di dalam perut boleh menyebabkan ketidakcekapan penghadaman.

3. MINUM 8 GELAS AIR SEHARI

Air mengurangkan selera makan anda secara semulajadi dan membantu badan memetabolisma simpanan lemak di dalam tubuh. Sebelum makan makanan yang berat-berat, cuba minum air, pasti anda tidak akan makan dengan banyak.

4. ELAKKAN MINUM MINUMAN YANG BERGAS

Minuman bergas biasanya mengandungi 7-8 sudu gula dan tidak baik untuk kesihatan tubuh.

5. KURANGKAN PENGAMBILAN GARAM

Pengambilan garam yang tinggi menggalakan penangkungan air. Mengurangkan pengambilan garam bermakna badan anda menangkung sedikit air. Ini bermakna anda kurang berat yang disebabkan air.

6. AMBIL SARAPAN PAGI

Anda juga boleh menurunkan berat badan dengan pengambilan sarapan pagi. Menurut satu kajian, mereka yang tidak mengambil sarapan pagi lebih cenderung untuk gemuk berbanding dengan mereka yang mengambilnya. Bagaimana ia terjadi? Sarapan pagi menstabilkan hormone dan paras gula didalam darah. Kadar metabolsima juga meningkat untuk membakar kalori.

7. MAKANLAH DENGAN PERLAHAN-LAHAN

Nikmatilah makanan dengan perlahan-lahan dan jangan gopoh. Kerana apabila kita makan secara perlahan-lahan, tubuh akan menghantar isyarat menunjukan kepuasan.

8. KUNYAH MAKANAN KEPADA CEBISAN LEBIH KECIL

Kunyahlah makanan kepada cebisan lebih kecil sebelum menelan kerana dengan cara ini ia lebih mudah dihadam.

9. Biar makan kerap dengan kuantiti yang sedikit daripada makan hanya sekali, dua tetapi dengan kuantiti yang banyak.

10. Jika anda terasa ingin makan snek atau makanan ringan, beruslah gigi anda atau kunyahlah gula-gula getah. Rasa mint atau berangin di mulut akan membantutkan selera anda.

11. Kurangkan pengambilan marjerin, butter dalam makanan anda. Kalau boleh, usah ada di dalam peti ais anda.

12. Apabila makan di restoran atau gerai , pesanlah air limau nipis atau jus oren kerana minuman masam menggalakan pembakaran lemak. Mintalah minuman yang kurang gula.

13. Buah-buahan dan sayur-sayuran adalah sumber terbaik untuk vitamin, mineral dan serat dan kandungan lemak yang rendah.

14. Jangan timbang berat badan anda setiap hari kerana anda tidak akan nampak perubahannya. Jika anda minum banyak, dan waktu itu anda timbang berat badan yang pastinya meningkat, mungkin anda akan berputus asa untuk berdiet

15. Ambil makanan yang berempah Sesetengah rempah seperti cili, biji sawi, didapati boleh membakar kalori. Penambahan lada hitam bukan sahaja meningkatkan penghadaman, ia juga meningkatkan pembakaran lemak.

16. Pilih Lebih Banyak Bijirin dan Kekacang Dalam Makanan
Bijirin penuh adalah sumber utama tenaga. Bijiran dan hasil bijirin banyak mengandungi karbohidrat kompleks, protein, vitamin, mineral dan sedikit lemak.

17. SIMPAN SATU DIARI

Simpan satu diari makanan boleh berpengaruh besar dalam proses penurunan berat badan. Rekodkan dalam sehari, berapa kali anda makan dan berapa banyak, tahap kelaparan yang memerlukan anda makan, dan perasaan anda ketika makan. Diari makanan boleh membuatkan anda peka kepada keinginan makan anda. Setelah beberapa lama membuat catatan, perhati dan kenal pasti di mana anda boleh membuat atau perbaiki tabiat pemakanan anda kepada yang lebih sihat. Diari ini juga boleh membuatkan anda lebih fokus dan lebih komited terhadap pelan diet anda. Mulakan diari makanan anda dan rajin-rajinlah membuat catatan.

18. TUMPUKAN PERHATIAN UNTUK SIHAT, BUKAN KURUS

Ramai orang lebih berjaya dalam penurunan berat badan dalam jangka masa panjang apabila mereka menukar motif mereka daripada untuk kurus kepada untuk kekal sihat dan segar. Tukarlah fikiran anda untuk memikirkan dan memilih makanan apa yang boleh menyihatkan tubuh badan.

19. Cara memasak paling baik untuk mengurangi jumlah kalori dalam makanan adalah merebus memanggang atau mengukus. Khusus untuk sayuran, anda boleh menumisnya dengan sedikit minyak(misalnya satu sudu minyak masak). Hindari minyak atau lemak haiwan.

20. Ketika memilih piring makanan , ambilah piring yang rata dan bukan piring cekung. Ambil sayuran dahulu untuk memenuhi piring, kemudian baru nasi dan yang terakhir, lauk dagingnya. Jika ingin tambah, hanya sayuran yang boleh anda ambil. Jangan lupa, makanlah di meja makan dan jangan di sembarang tempat apa lagi sambil menonton tv. Sebab, makin menarik program tv, semakin banyak makanan ringan yang anda habiskan!

21. Selain memberi peluang makanan untuk turun , kebiasaan berjalan-jalan sesudah makan akan membantu menghabiskan sebahagian kalori dari makanan itu. Setiap 25 langkah anda berjalan satu kalori akan diguna. Lebih-lebih lagi anda menaiki tangga. Tentu saja semua ini harus dilakukan dengan santai kerana perut anda baru saja terisi.

22. Khusus bagi kaum wanita , yang juga perlu diperhatikan adalah tabiat berbelanja dan memasak. Seelok-eloknya, tidak berbelanja semasa perut kosong. Rancanglah perbelanjaan sesuai dengan keperluan. Jika ingin membeli makanan, kunjungilah dahulu gerai buah dan sayuran. Gerai makanan segera harus anda kunjungi paling akhir sekali jika memang benar-benar memerlukannya.

23. Untuk mengempiskan perut , gerakan punggung yang ringan tetapi lama akan lebih efektif. Latihan dapat dilakukan dengan alat seperti untuk permainan hula hoop. Gerakan ini mungkin boleh disamakan dengan gerakan penari gelek, dangdut atau hula-hula yang memiliki perut lebih kecil dan cantik.

24. Kurangkan pengambilan gula kerana setiap satu sudu gula mengandungi 32 kilokalori.

25. Beberapa aktiviti fizikal yang mudah untuk langsing

i. Jalan cepat. Gunalah kasut yang cukup selesa dipakai agar kaki tidak melecet dan sihat

ii. Gunakan tangga untuk naik ke tingkat atas. Jika terlalu tinggi,naik tangga untuk beberapa tingkat, kemudian sambunglah denagan menaiki lif

iii. Renang adalah latihan menyeluruh. Berenang dengan laju dengan nafas yang dalam

iv. Bersenam atau peregangan, sangat baik bagi otot-otot dan sendi-sendi yang kaku. Melenturkan otot dapat melancarkan peredaran darah

v. Tunggang basikal dan kayuh perlahan-lahan tetapi dalam tempoh yang lama. Ini dapat mencantik dan merampingkan peha.”

Boroi petanda kesihatan dalam bahaya

Oleh NORLAILA HAMIMA JAMALUDDIN

SETIAP kali membeli barang keperluan untuk diisi dalam rak dapur, penulis menghabiskan banyak masa cuba memahami makna label yang sehalus semut untuk mengetahui kandungan barang dibeli.

Lama membelek dan membandingkan dua tiga jenama, termasuk yang baru di pasaran, akhirnya penulis mencapai barangan lebih popular di arena iklan dan maklumat pada label ditolak ke tepi - kerana tidak faham.

Bertanya kepada rakan, rupa-rupanya penulis tidak bersendirian. Ramai juga tidak �berapa tahu� makna terselindung di sebalik senarai panjang bahan, terutama nama saintifik seperti tertera di bungkusan pembalut.

Pakar Diet Weight Management Information Center Berhad (WMIC), Lee Ching Li, berkata kurang faham mengenai maklumat pemakanan pada barang dibeli menyebabkan ramai gagal menurunkan berat badan, walaupun kurang makan.

Malah, tidak kurang merungut dan berputus asa melihat jarum penimbang menunjukkan angka lebih besar sebelum mereka mengamalkan diet dan hanya makan makanan terpilih.

�Bahan yang terkandung dalam makanan disenaraikan mengikut kuantiti. Bahan yang ditulis dulu atau pada kedudukan teratas, kuantitinya paling banyak. Jika tidak ditulis beratnya pun, kita masih boleh buat anggaran kasar.

�Caranya mudah. Contohnya kandungan gula. Semua perkataan berakhir dengan -sa seperti sukrosa, glukosa, maltosa atau fruktosa adalah gula. Madu, gula tebu, susu pekat, molasses dan sebarang sirap buah juga adalah gula. Jadi kiralah berapa kali nama-nama ini ditulis.

�Begitu juga lemak. Perkataan minyak, lemak dihidrogenkan separa atau penuh, lemak sayuran, mentega, marjerin, lelemak, lemak konfeksionari atau lemak gantian semuanya membawa makna sama: lemak.

�Nama saintifik memang boleh mengelirukan kita, tetapi ambil cara yang mudah. Ingat perkataan yang berakhir dengan -sa adalah gula dan semua sodium, tidak kira apa jenisnya adalah garam,� katanya.

Perkara kedua penting untuk diberi perhatian adalah saiz hidangan. Boleh dikatakan hampir semua makanan kini disertakan dengan saiz hidangan yang dicadangkan pengeluar bersama peratusan kandungannya dan jumlah kalori.

Jika ditulis satu hidangan bersamaan tiga keping biskut atau 250 mililiter jus buah, bermakna kita disarankan makan tiga keping biskut saja atau minum 250 mililiter jus sehari.

�Jika kita makan enam keping biskut, bermakna kita makan dua hidangan. Kandungan lemak dan gulanya mungkin jauh lebih tinggi daripada sepinggan nasi. Ini antara punca ramai gagal menurunkan berat badan, walaupun mereka tidak makan nasi,� katanya.

Pengarah Eksekutif WMIC, Pauline Low, pula berkata pengurusan berat badan perlu bermula sejak kecil, seawal mungkin dengan mengamalkan pemakanan seimbang dan kerap bersenam kerana ketika ini anak lebih mudah dilatih.

Lebih penting, ibu bapa perlu menjadi teladan terbaik kepada anak-anak. Caranya juga mudah iaitu kurangkan makan di luar, sebaliknya masak sendiri makanan anda dengan memilih resipi menyihatkan serta kurangkan makanan diproses (seperti nugget, daging burger, sosej, biskut).

�Jangan jadikan �makanan�, terutama makanan segera, sebagai hadiah untuk anak atau diri sendiri. Kunjungan ke restoran makanan segera pula tidak seharusnya menjadi aktiviti yang ditunggu-tunggu anak-anak.

�Sesekali makan di luar itu bagus untuk mengeratkan ikatan keluarga, tetapi ajarlah anak memilih sajian menyihatkan. Contohnya, mi sup jauh lebih menyihatkan daripada mi goreng atau galakkan anak memilih hidangan yang banyak serat kerana ia cepat mengenyangkan,� katanya.

Bimbang dengan peningkatan kanak-kanak obes, Low berkata, ibu bapa perlu membawa anak mendapatkan pemeriksaan untuk memastikan ia bukan disebabkan masalah kesihatan.

Bagaimanapun, kanak-kanak tidak perlu mengamalkan diet kerana mereka, terutama yang aktif, memang banyak menggunakan tenaga. Namun, ibu bapa hendaklah mengawal pertambahan berat supaya seimbang dengan ketinggian.

Penjagaan berat badan, khususnya bagi anak obes, adalah tanggungjawab seisi keluarga. Maknanya, bukan saja daripada segi pemilihan makanan seimbang, tetapi turut memb a b i tkan kegiatan harian yang aktif dan selalu bersenam.

Lebih baik jika ia dijadikan aktiviti keluarga bagi mengurangkan anak menghabiskan terlalu banyak masa di depan komputer dan televisyen.

Individu yang mengalami masalah berat badan juga boleh mendapatkan khidmat nasihat percuma daripada pakar pemakanan di WMIC, selain menjalani analisis berat dan kandungan lemak dalam badan.

Tiga kaedah digunakan iaitu melalui penentuan Indeks Jisim Tubuh (BMI), saringan kandungan lemak badan dan ukuran pinggang yang disaran dilakukan setiap bulan.

Mengapa ukuran pinggang juga penting? Individu boroi perlu ambil perhatian. Boroi bukan saja tidak cantik, tetapi ia petanda bahaya. Ini kerana kebanyakan organ penting ada di sini dan kehadiran lemak berlebihan boleh menjejaskan fungsi organ berkenaan lalu menimbulkan pelbagai masalah kesihatan.

�Tiada jalan mudah untuk kurus. Ia perlukan masa, kesabaran dan disiplin menjaga makan serta bersenam. Jangan terpengaruh dengan iklan ubat kurus badan, terutama pil dan herba yang tidak diiktiraf kerajaan.

“Jika masih mahu ambil pil kurus, pastikan ia di bawah seliaan doktor. Berbincang dengan doktor mengenai hal ini dan pastikan juga anda faham kesan sampingan setiap ubat. Jangan bahayakan kesihatan semata-mata ingin cepat kurus,” katanya

Teknik cakaran harimau

(faiza318@gmail.com)

1)Langkah Pertama
- dalam urutan cakaran harimau ialah seseorang isteri perlu mengurut tengkuk suami mereka dengan penuh kasih sayang memandangkan bahagian itu terdapat banyak urat tegang yang perlu diuraikan.

2)Langkah Kedua
- mengurut pada bahagian bahu hingga ke lengan dan diikuti ….

3)Langkah Ketiga
- dengan membuat `jemput-jemput’ pada bahagian tulang belikat.

4)Langkah Keempat & 5)Langkah Kelima
- merupakan sentuhan yang cukup penting dan perlu kreatif dan ia dimulai dengan `cakaran harimau’ - menggunakan kuku yang telah dipotong bermula dari bahagian tengkuk membawa ke pinggang.

Cakaran itu hendaklah diselang-selikan dengan urutan labah-labah, bermula dari pinggang hingga ke bahagian tengkuk. Perlu diingat cakaran itu hendaklah berupa cakaran manja dan dilakukan dengan penuh kasih sayang,” jelasnya kepada Utusan Malaysia hari ini.

6) Langkah Keenam
- dengan menggenggam kedua-dua tapak tangan dan kemudian tepuk-tepuk pada bahagian belakang badan suami dari atas hingga ke pinggang.

7)Langkah Ketujuh
- sebenarnya merupakan satu `bonus’ tambahan di mana setelah diurut, suami berasa tenang dan seronok.

8)Langkah Kelapan
- Selepas itu, bisikan kalimah sayang ke telinga suami seperti `Saya cinta padamu’ atau dalam bahasa Hindi `me tum fe Piar kar pi hu,” katanya.

Minum air waktu sahur dari perspektif perubatan


Oleh DR OSMAN NASIR

Bersahur itu sangatlah dituntut kepada orang-orang yang berpuasa.

Diriwayatkan Ahmad dari Abu Sa’id bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yng maksudnya: “Bersahur itu adalah suatu keberkatan. Maka janganlah kamu meninggalkannya walaupun dengan hanya meneguk air seteguk,kerana Allah dan para Malaikat berselawat atas orang-orang yang bersahur.”

Sunah bersahur ini membezakan puasa cara Islam dengan puasa agama dan bangsa lain di dunia ini. Diriwayatkan oleh Muslim dari Amer ibn ‘Ash, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Yang membezakan antara puasa kita dengan puasa Yahudi Nashara (ahli kitab) ialah makan sahur.”

Begitu kuat penekanan dari Rasulullah s.a.w kepada kita agar bersahur sehingga kalau rasa tidak boleh makan kerana kenyang atau lain-lain sebab cukuplah dengan hanya seteguk air.

Apa Fungsi Air kepada kita?

Penekanan tegas Nabi agar seteguk air pun baik untuk bersahur jika kita rasa tidak hendak makan menunjukkan bahawa kehadiran air dalam tubuh kita telah diketahui sangat pentingnya oleh Rasulullah s.a.w. Dan sains perubatan telah lama mencatitkan ini dalam buku-buku perubatan.

Air dan Fungsinya.

Air sangat penting kepada tubuh. Air boleh berfungsi sebagai pelarut dan juga sebagai ‘pengakutan nutrien’ tak organik. Air diperlukan dalam pembentukan struktur tisu seperti darah sempurna, otot dan tulang.

Minum Air waktu Sahur

Penyejatan air dari kulit dan penghembusan keluar air ke udara dari peparu penting untuk pengawal aturan suhu tubuh. Air memindahkan suhu dari satu bahagian tubuh kebahagian lain; di mana perpindahan air ini menstabilkan suhu tubuh. Tubuh menggunakan air untuk membolehkan buah pinggang berfungsi secara normal. Kebanyakan bahan kumuhan tubuh dikumuhkan melalui buah pinggang. Cecair tubuh menjadi medium (pengantara) untuk enzim dalam keadaan larut, hormon dan koenzim. Enzim ialah protein yang memulakan dan mencepatkan tindakbalas. Hormon ialah rembesan kelenjar yang bertindak sebagai pengutus kepada organ tubuh dengan merangsangkan beberapa proses kehidupan dan merencatkan yang lain. Koenzim ialah sebahagian enzim yang diperlukan untuk pengaktifan molekul protein untuk membentuk satu enzim yang sempurna. Air juga menolong menyelenggarakan imbangan elektrolit dan juga bertindak sebagai pelincir dalam pencernaan serta proses-proses lain dalam tubuh.

Air Liur

Air liur memudahkan pengunyahan dan penelanan. Kadar air liur sentiasa mesti cukup. Kadar pengaliran air liur yang rendah (kadar air liur rehat secara purata ialah 0.208 ml/minit, dapat meningkatkan kejadian karies (caries) kerana ia mengganggu pembuangan sisa-sisa makanan kariogenik di dalam mulut. (karies -kebusukan dan luluhan bahan pada gigi). Air liur yang dirembeskan dalam keadaan biasa sedikit sahaja mengandungi glukosa dan tidak ada sukrosa. Apabila makanan yang kaya dengan gula dimakan kepekatan gula dalam air liur meningkat lebih daripada 1 mg/ml sehingga menghasilkan pH yang cukup rendah untuk memulakan pendemineralan gigi. Dengan itu, pengambilan makanan yang kaya dengan gula dan kadar pengaliran air liur yang rendah membuatkan gula menjadi tersedia ada kepada mikroorganisma dalam jangka masa yang panjang sehingga dapat menghasilkan asid yang cukup untuk membolehkan karies gigi berkembang.

Disinilah saranan Rasulullah s.a.w. agar kita berbuka dengan sedikit juadah manis seperti kurma adalah satu saranan yang baik untuk kesihatan tubuh sekaligus merupakan saranan yang saintifik.!

Dalam keadaan normal, sebanyak tiga liter air hilang daripada tubuh setiap hari. Sebahagiannya dikeluarkan sebagai air kencing, ada melalui kulit, paru-paru dan najis. Oleh itu, kira-kira tiga liter perlu diambil setiap hari untuk menggantikan apa yang telah dikumuhkan.

Sumber air adalah daripada minuman, hasil pengoksidaan makanan dan makanan basah. Air daripada pengoksidaan makanan dan bahan makanan basah dirujukkan sebagai air metabolik.

Minum Air Sihatkan Tubuh- Jauhkan Penyakit.

Kajian sains menunjukkan bahwa walaupun satu daripada sebab sesuatu penyakit dalam tubuh kita adalah kerana kehadiran kuman, bakteria dan lain-lain unsur luar. Tapi punca akar umbinya ialah kerana sistem perparitan dalam tubuh yakni sistem aliran darah dan lain-lain sistem perkumuhan telah tersumbat dengan banyaknya bahan toksid dan lain-lain bahan kotor yang wujud kerana makan terlalu banyak sehingga tidak sempat dihazamkan; kurang minum air, kurang makan sayur dan buah-buahan.

Cara yang paling baik ialah minum air bersih setiap hari dan minum jus buah-buahan (buat sendiri di rumah untuk elakkan campuran bahan lain di kedai). Meminum air yang banyak boleh menyebabkan sistem yang tersumbat dalam tubuh dibersihkan dan terkeluarnya bahan yang tidak diperlukan termasuk bahan toksid.

Orang yang puasa hendaklah banyak minum air ketika sahur dan berbuka. Kurangnya air dalam tubuh boleh menyebabkan dehaidrasi (dehyration)- kekeringan tubuh.

Maka itulah sebabnya agama Islam memastikan bahawa perintah puasa bersesuaian dengan SUNAH penciptaan manusia- hanya berpuasa dari Subuh hingga Maghrib. Ini sekaligus mengelakkan dari bahaya dehaidrasi dan lain-lain penyakit.

Inilah sebabnya kita disuruh berbuka dengan minum air dan makan bahan makanan manis sedikit. Dan inilah juga yang membezakan puasa umat Islam dengan puasa bangsa-bangsa lain.

Berpuasalah sebagaimana Nabi kita berpuasa: pasti kita selamat dan sihat.

KOMET MELANGGAR DUNIA 2012?


Dalam beberapa bulan kebelakangan ini aku terbaca bermacam teori tentang Hari Kiamat oleh pengkaji-pengkaji barat. Doomsday, Judgement Day atau apa sahaja perkaitannya telah hangat di perbincangkan kebelakangan ini. Teori-teori oleh saintist barat yang kebanyakkannya berkepercayaan Kristian (Protestant) berbalah pendapat dengan Catholic. Saintist yang lebih bersikap liberal dan moden cenderung kepada Kristian baru (Protestant) merangkakan Tahun 2012 sebagai hari akhir zaman bakal meletus. Aku sebagai seorang islam percaya hari kiamat boleh berlaku bila-bila masa. Tuhan sudah memberi banyak maklumat tentang kedatangannya. *****a tiada tarikh yang di berikan. Kita sebagai seorang islam wajib percaya tentang kiamat tetapi tidak perlu untuk menentukan bila tarikhnya kerana hanya tuhan yang menentukannya.



Walaupun begitu aku tertarik untuk melihat kecenderungan saintist-saintist ini untuk membuat teori dan ramalan kisah The Judgement Day ini. Mereka menyatakan pada tahun 2012 bakal berlaku peristiwa di mana Comet akan menghentam planet Bumi dan merupakan kemuncak kepada apa yang di katakan sebagai kiamat. Telahan dan pendapat beberapa forumer dan blogger yang memberikan response kepada teori ini. Mereka mengaitkan dengan teori Mayan, Hopis dan Egyptian yang merupakan dasar ketemadunan lama yang memberikan banyak clue atau bayangan tentang Comet 2012 yang bakal menghancurkan bumi.


Ada sesetengahnya memberikan bukti saintifik dan kewujudan beberapa teropong berskala gergasi yang di wujudkan oleh NASA yang di katakan berkaitan dengan isu ini. Sesetengah forumer yang berpendidikan kaji bintang mejangkakan kewujudan Teropong Langit ini di South Pole adalah untuk mengkaji kebarangkalian tentang berlakunya hentaman Komet ke atas planet bumi. Tapi mereka mensasarkan tarikh kepada 2036. Pada 2029 mereka menjangkakan Komet itu akan menghampiri dan menuju kearah bumi, seterusnya terdapat 1000 kemungkinan 7 tahun kemudian pada 2036 komet itu akan menghancurkan Bumi.



Mereka memberi banyak andaian kepada kalender Mayan dan Egyptian kuno yang menulis tentang teori 2012 berdasarkan kepada kiraan matematik kaum tersebut. Dalam jangka masa 4 tahun akan datang bermula dari tahun 2008 berbagai bentuk perubahan cuaca akan berlaku. Mereka mengandaikan perubahan cuaca telah bermula dengan kejadian di Myanmar dan China di mana peristiwa bencana alam yang melibatkan Angin dan gerakkan tanah. Kejadian rebut besar dan gempa bumi melibatkan kematian yang besar. Sesetengah pengkaji meramalkan London bakal di landa banjir besar yang akan menenggelamkan bandaraya itu dalam beberapa tahun ini. Sesetengah dari pengkali ini mula memberikan map atau beberapa lokasi yang di fikirkan selamat sekiranya penduduk London ingin lari dari melapetaka itu.



Lagi satu pendapat tentang peristiwa yang di katakan bakal berlaku adalah “13 month war” sesuatu yang aku sendiri juga tidak tahu apa maksudnya. Ramai pengkaji mula memikirkan peristiwa ini berdasarkan petikan dalam “BIBLE”. *****anya aku rasa perbincangan tentang kiamat merupakan topic yang bukan di perbincangkan oleh islam secara umumnya tetapi ahli kitab yang lain terutamanya penganut Kristian. Nampaknya mereka seperti bersedia awal untuk menantikan harinya. Walaupun jelas dari perbincagan dan perbalahan pendapat itu masing-masing tidak tahu bila berlakunya peristiwa ini.




Aku bukannya inginkan spekulasi yang menakutkan tetapi sekadar memberi bayangan tentang betapa kita semakin menghampiri kiamat. Tetapi *****a masanya sahaja kita tidak tahu. Jika mengikut ramalan pengkaji tadi tahun 2036, bermakna masih ada lebih kurang 28 tahun lagi perkara itu berlaku. Mungkin ramalan ini hanyalah sekadar ramalan biasa, kita sebagai orang islam dan taat kepada Qada dan Qadar semestinya faham akan situasi ini. *****a kita mestilah sentiasa beramal sepanjang masa dan tahu kewajipan kita kepada pencipta kita. Masanya akan datang. Ia pasti berlaku *****a kita tidak tahu bila. Tetapi yang penting kita mesti bersedia pada bila-bila masa.

Sumber:
http://lanjoy.wordpress.com

terimalah doa ku YA ALLAH...

Tuhan! Dengan rahmat-Mu berilah aku sedikit kekuatan menghadapi Ramadhan ini
Berilah aku sedikit kesihatan untuk kemampuan berhadapan dengan Ramadhan
Sekira-kira tenagaku cukup buat mengisi Ramadhan
Setidak-tidaknya saya masih mampu mengerjakan ibadah mengikut tradisiku berhadapan dengan Ramadhan seperti yang sebelumnya
Tuhan! Janganlah kesihatanku mengganggu aku beribadah di bulan Ramadhan seperti biasa
Ramadhan datang hanya setahun sekali
Kalau peluang beribadah di bulan Ramadhan ini terganggu buatku rugilah aku
Jika panjang umur hendak tunggu pula Ramadhan tahun depan pula
Tuhan! Dengan berkat Rasulullah SAW kabulkanlah permintaanku
Kesihatan badanku sudah terlalu merosot
Kalau Engkau tidak selamatkan aku bagaimanalah aku hendak beribadah dengan baiknya
Ramadhan sungguh mahal Tuhan!
Berilah aku peluang beribadah dengan kesihatan badan
Selamatkanku Tuhan, dengan diberi kekuatan badan untuk menyembah-Mu
Aku minta ampun kepada-Mu Tuhan!
Mungkin merosotnya kesihatanku kerana dosa-dosaku dengan-Mu
Ampunkan aku Tuhan, ampunkan aku
Pulihkan kesihatanku untuk boleh beribadah di bulan Ramadhan ini
Peluang Ramadhan bukan selalu Tuhan!
Janganlah hampakan permintaanku
Ramadhan Tuhan, Ramadhan mahal buatku
Kesihatanku Tuhan, mungkin mengganggu ibadahku di bulan Ramadhan ini
Tolong aku Tuhan, selamatkan aku Tuhan, ibadahku Tuhan!
Ramadhan sudah semakin hampir ke hujungnya sihatkan badanku
Sihatkan aku,isteri,anak,adik iparku,keluargaku serta umat islam di seluruh duniamu ini

RAHSIA MENCARI TUHAN


Tuhan tidak mencipta sesuatu itu dengan sia-sia. Semua ada sebabnya. Semua ada gunanya. Semua ada hikmahnya. Terpulanglah kepada manusia untuk mencari sebabnya, gunanya dan hikmahnya itu.

Tuhan hamparkan bumi ini dan mencipta segala sesuatu di dalamnya bukan semata-mata untuk manusia hidup dan berkembang biak di atasnya serta menggunakan segala khazanah kekayaanNya. Yang lebih penting, ia bertujuan supaya manusia dapat melihat secara zahir akan alam ciptaan Tuhan ini. Ia adalah bukti dan dalil besar kepada manusia tentang wujudnya Tuhan. Ia sebenarnya adalah dalil bagi manusia tentang adanya Tuhan.

Demikian juga di antara sebab Tuhan mencipta sekelian alam. Bukan sahaja alam syahadah atau alam yang nyata ini yang boleh dilihat oleh manusia tetapi juga alam-alam yang lain. Alam atau ciptaan itu adalah alamat atau tanda akan wujudnya Tuhan. Segala apa yang Tuhan cipta itu ialah alam. Alam itu ialah apa sahaja selain Tuhan. Hakikat kewujudan ini hanya ada dua. Satu Tuhan dan satu alam. Tuhan adalah khaliq yang mencipta. Alam adalah makhluk yang dicipta. Ada alam maka sudah tentu ada Tuhan yang menjadikan.




Namun kebanyakan manusia hanya melihat tetapi mereka tidak nampak apa-apa. Kalaupun mereka nampak, mereka tidak dapat kaitkan alam ini dengan Tuhan. Penglihatan mereka hanya selapis sahaja. Manusia tidak dapat melihat apa yang di sebalik ciptaan Tuhan itu. Penglihatan mereka seolah-olah terlindung dan terhijab.

Sama sahaja seperti mereka melihat lukisan yang cantik. Mereka terpegun dan memuji kecantikan lukisan itu dan mahu memilikinya. Tidak terbayang di fikiran mereka siapa pelukisnya. Sama juga seperti orang yang memakan hidangan yang sedap dan lazat. Dia mahu memakannya sehingga habis. Tetapi tidak terlintas di fikirannya siapa gerangan yang memasaknya.

Manusia sebenarnya boleh melihat dengan berbagai cara. Pertama, dengan mata kepala. Kedua, dengan mata akal. Ketiga, dengan mata hati. Tetapi jarang seseorang itu dapat melihat dengan ketiga-tiga mata ini. Mata kepala melihat dengan perantaraan cahaya, benda dan material. Mata akal melihat dengan perantaraan fikiran. Tetapi mata hati melihat dengan perantaraan rasa.

Kalau seseorang itu melihat hutan belantara dengan mata kasar atau mata kepala, maka itulah yang dia nampak iaitu hutan yang tebal dan menghijau. Kalau dia melihat dengan mata akal, maka dia akan nampak balak dan kayu kayan yang boleh dijadikan bahan kekayaan. Kalau dia melihat dengan mata hati, dia akan nampak keagungan dan kehebatan Tuhan dan hikmah yang terkandung di dalam ciptaan hutan tersebut. Terasa di hatinya betapa hebatnya Tuhan.

Kalau seseorang itu melihat laut dengan mata kepala, maka itulah yang dia nampak iaitu air yang luas dan membiru serta ombak yang tidak henti-henti memukul pantai. Orang yang melihat dengan mata akal akan nampak ikan di dalamnya yang boleh ditangkap dan dijual. Orang yang melihat dengan mata hati pula akan nampak kehebatan Tuhan dan hikmah dalam ciptaan laut yang begitu luas dan dalam, yang siapa-siapa pun tidak tahu apa rahsia yang tersimpan di dasarnya. Terasa betapa kerdilnya dia di hadapan Tuhan.

Siapa yang melihat dataran bumi dengan mata kepala, maka itulah sahaja yang dia nampak iaitu tanah dan batu-batan. Siapa yang melihat dengan mata akal akan nampak minyak, emas, intan berlian dan segala macam logam yang terkandung di dalam perutnya. Siapa yang melihat dengan mata hati pula akan nampak hebatnya perbuatan Tuhan yang telah menghamparkan bumi ini untuk dihuni oleh manusia di mana manusia boleh hidup dan mengabdi diri kepada Tuhan. Terasa di hatinya betapa pemurah dan pengasihnya Tuhan.

Mata hati bersifat maknawiyah. Ia ada pada makna tetapi tidak ada pada rupa. Ia mampu melihat benda-benda yang batin atau ghaib. Ia membaca hikmah di sebalik ciptaan dan perbuatan Tuhan.

Namun demikian, kebanyakan manusia buta mata hatinya. Mereka hanya nampak apa yang menguntungkan dan yang boleh memuaskan kehendak nafsu mereka sahaja. Mereka hanya terangsang dengan nilai dunia yang ada pada sesuatu ciptaan itu. Mereka tidak nampak Tuhan di sebalik ciptaanNya. Alam tidak membawa mereka kepada Tuhan. Alam tidak mengajar mereka tentang Tuhan.

Hati mereka buta kerana jiwa mereka mati. Jiwa mereka sudah tidak boleh berfungsi lagi. Mereka sudah tidak mempunyai rasa. Mereka tidak terangsang langsung dengan akhirat. Mereka tidak ingin kepada syurga. Mereka tidak takut kepada neraka. Mereka tidak merasakan peranan Tuhan dalam hidup mereka. Mereka tidak rasa bahawa Tuhan itu wujud. Kalaupun mereka tahu dan percaya yang Tuhan itu wujud, tetapi setakat tahu dan percaya sahaja. Ia belum menjadi suatu keyakinan atau satu pegangan. Justeru itu, soal Tuhan diambil ringan. Tidak ada rasa bertuhan. Apabila rasa bertuhan tidak ada, mereka pun tidak dapat merasakan bahawa mereka itu sebenarnya adalah hamba.

Selagi jiwa mereka ini tidak dihidupkan, selagi itulah mereka akan hanyut di alam dunia mengikut anis yang akan membawa mereka kepada kelalaian, kesesatan dan kebatilan.

Jiwa mati dan hati menjadi buta adalah disebabkan kekufuran, kesyirikan dan kemunafikan. Dan juga disebabkan sifat-sifat keji dan mazmumah yang bersarang dalam hati dan sifat cinta dunia sama ada terhadap yang haram atau pun yang halal.

Berdoalah banyak-banyak dan buatlah kebajikan sebanyak mungkin agar Tuhan berkenan mencampakkan hidayah ke dalam hati kita. Tanpa hidayah, manusia tidak akan dapat menjadi insan yang tulin yang layak menjadi hamba dan khalifah Tuhan. Selepas hidayah barulah datang ilmu. Selepas ilmu baru boleh yakin dan faham. Setelah faham, barulah boleh beramal.

Beramal itu ada lahir dan batinnya. Beramal ialah proses memperbaiki diri. Dalam beramal, ada mujahadah dan istigomahnya. Buah amal ialah akhlak. Mujahadah dan istiqomah boleh membersih dan menyucikan fitrah. Apabila fitrah sudah bersih, jiwa akan hidup.

Setelah jiwa hidup, mata hati akan celik. Ketika itu, kita akan nampak apa-apa yang tersembunyi selama ini. Tuhan akan angkat hijab bagi kita. Akan terbongkar segala rahsia yang tidak pernah kita tahu sebelum ini. Hati akan mudah dengan kebenaran dan jinak dengan kebaikan. Keyakinan dan keimanan akan masuk ke dalam hati tanpa perlu difikir dan diakal-akalkan. Segala-galanya akan mudah difaham.

Tuhan ada berfirman di dalam Al-Quran,
"Sesungguhnya kami jadikan untuk neraka jahanam, banyak dari kalangan jin dan manusia yang mempunyai hati tetapi tidak mahu memahami. Yang mempunyai mata tetapi tidak mahu melihat. Yang mempunyai telinga tetapi tidak mahu mendengar. Mereka itu seperti binatang ternak bahkan lebih sesat lagi. Mereka itu orang-orang yang lalat. "(AI A'raaf: 179)

Alam ciptaan Tuhan ini sentiasa mengingatkan kita tentang Tuhan. Sentiasa mangajar kita dan mengajak-ajak kita memikirkan tentang Tuhan. Ia adalah guru yang sentiasa megajar kita ilmu yang agung dan terpenting bagi manusia iaitu ilmu tentang ketuhanan.

Ia mengajar kita bahawa Tuhan itu wujud . Bahawa Tuhan itu Maha Hebat, Maha Agung dan Maha Perkasa. Bahawa Tuhan Maha Berkuasa, Maha Mentadbir dan Maha Mengetahui. Bahawa Tuhan itu Maha Pemurah dan Maha Mengasihani.

Alam ciptaan Tuhan ini tidak pernah rehat dari mengingatkan kita tentang Tuhan. Ia menyelinap ke dalam setiap ruang dan di celah-celah kehidupan kita. Malahan, pada ciptaan diri kita pun terserlah kehebatan ciptaan Tuhan.

Kalau kita tidak juga dapat mencari Tuhan dan tidak dapat merasakan hakikat bahawa Tuhan itu pencipta dan kita ini hambaNya, tidak boleh lagi kita salahkan Tuhan. Itu bukan lagi kerana kita tidak mampu tetapi adalah kerana kita tidak mahu.

Tentang H1N1 yang patut anda tahu!!!!!



Rakan Muslim sekalian,

Mungkin sekarang tengah heboh tentang Influenza A H1N1 yang sedang melanda dunia.
Di Malaysia sahaja, jumlah kematian lebih dari 70 org, hampir 3000 dijangkiti. Di seluruh dunia pula lebih kurang 180 ribu dijangkiti dengan jumlah kematian lebih dari 1500 org. Jadi perbagai persoalan yang timbul akibat jangkitan ini.
Saya telah berbicara dengan beberapa Ustaz dan Doktor Muslim berkaitan Jangkitan ini. Ada beberapa perkara menarik yang saya ingin sentuhkan di sini melalui perbualan yang telah terjadi.

1.H1N1 adalah penyakit CIPTAAN GENETIK (SENJATA BIOLOGI)

Bila salah seorang sahabat saya seorang doktor berkata demikian, saya sendiri terpegun dan tertanya-tanya....betul ker? Dan dia memberi satu alasan yang tidak dapat saya tolak kemungkinannya.

1.. Mula2 dikatakan jangkitan ini dari ladang babi di Mexico, dan dinamakan SWINE FLU ( SELSEMA BABI), kemudian perkataan itu ditarik balik dan dinamakan Influenza A H1N1. Kini, pihak WHO mengadakan ianya bukan dari babi, tetapi dari satu jangkitan yang tidak diketahui dari mana datangnya. kemungkinan besar adalah mutate dari semua jenis penyakit yang dibawa oleh babi. Tiada kepastian yang dapat diberi dari mana datangnya penyakit ini. Soalannya dari mana ia datang?

2.. Jangkitan ini mempunyai masa pemusnah yang hampir tepat...maksud saya ialah, jangkitan pertama dalam 3 hari, jika tiada rawatan dalam 7 hari mangsa akan mati!!! Satu lagi perkara yang memeningkan kepala ialah ketepatan masa yang diberi untuk MATI!!! Sedangkan kita sendiri tahu, penyakit yang lebih berbahaya seperti AIDS, EBOLA, SARS dan lain2, pesakit juga akan mati....tetapi bukan dalam masa yang terancang seperti ini.

3.. Bagaimana sesuatu penyakit yang baru terjadi, pihak terlibat boleh mencipta vaksin dalam masa yang sekejap? Sekarang sebanyak 1800 sukarelawan sedang mencuba sejenis vaksin yang dicipta TAK SAMPAI satu bulan virus ini tersebar. Harga jualan vaksin ini pula.......kita pun tidak tahu, tapi kenapa WHO menyatakan bahawa sebanyak US60b diperlukan, kemana duit itu pergi?

4.. rakan saya juga berkata, ada pihak yang mengaut keuntungan dari penyakit ini sebab ubatnya memang telah ada, tetapi dibiarkan terlebih dahulu supaya lebih ramai pengidapnya dn lebih banyak wang yang masuk. UBATNYA TELAH ADA, jika betul mereka ini cekap, kenapa masih tiada vaksin untuk AIDS, Vaksin untuk SARS? Kita terus memandang tinggi manusia yang mencipta vaksin ini

5.. Yang penting dari perbualan kami tadi ialah......apa kata jika virus ini digunakan dalam peperangan oleh orang KAFIR menentang ISLAM?... yang pastinya mereka tidak perlu mengangkat senjata, Cuma sebarkan sahaja penyakit ini......tunggu.....dan dalam masa tak sampai sebulan mencapai kemenangan!!! Dan kemudian pihak KAFIR mengatakan "PIHAK KAMI MENANG TANPA MENGANGKAT SENJATA, DAN DALAM MASA YANG SAMA KAMI SEDIA MEMBANTU MUSUH KAMI YANG DIJANGKITI!."..... so... apa yang ada dapt dari ayat ini?, macam biasa dengar di IRAQ & AFGHANISTAN kan?

2. H1N1 adalah sejenis ASAP NERAKA yang diturunkan kepada MANUSIA

Perkara ini juga tidak dapat saya nafikan atau tolak kemungkinannya.Pendapat ini diberi oleh seorang ustaz ketika perbualan tadi. Banyak dalil yang disertakan, Cuma yang ingin saya sentuh ialah......dalam Al-Quran sendiri ada menyatakan yang ALLAH S.W.T telah menjatuhkan pelbagai penyakit kepada kaum2 terdahulu kerana menolak dakwah Nabi & Rasul NYA. Kemungkinan salah satu penyakit itu adalah H1N1. Kita pula?........

Persoalan kedua yang di timbulkan oleh Ustaz ini pula menarik perhatian saya....... Kalau API, lawannya AIR, Kalau HIDUP Lawannya MATI, kalau SIHAT lawannya SAKIT.......tapi kalau ASAP......apa lawannya? Mari kita fikir bersama dan mungkin kita boleh refer pada yang arif tentang perkara ini. Lawan asap mesti ada, sebab telah dinyatakan yang ianya adalah ASAP NERAKA untuk manusia....walluhualam...

3. PENCEGAHAN UNTUK H1N1 (BUKAN RAWATAN)

Ini sebenarnya yang saya ingin maklumkan kepada semua. Harap disebarkan kepada semua rakan Muslim kita.

Kebanyak kes kematian di MALAYSIA boleh dikatakan (walaupun tiada pihak mengesahkan) ialah 80% orang MELAYU beragama ISLAM. Sedangkan penyakitnya jika betul adalah dari BABI, adakah Melayu Islam ada kaitan terus dengan BABI? Kenapa? Sebenarnya ubat pencegah penyakit ini telah diamalkan oleh bangsa lain dari tanpa memberitahu kepada kita. Kalau ada sesiapa mendengar RADIO IKIM pada Isnin 16hb Ogos pasti tahu jawapannya. Ceramah H1N1 disampaikan oleh seorang Ustaz di radio tersebut.

PENCEGAHAN H1N1 ADALAH................. Bawang Putih!!!!!

Terkejut???.... itulah pencegahan untuk H1N1 (bukan rawatan ye). Saya juga terkejut bila mengetahuinya. Dan yang lebih menarik ianya diakui oleh rakan Doktor ketika saya berbual tadi.

1.. Bawang putih boleh meningkatkan kadar antibodi dalam badan.
2.. Bawang putih digunakan dalam ubat-ubatan pencegah selsema, anti-astimin (kira semua ubat berkaitan dengan paru)-jangkitan H1N1 kat paru-parukan?
3.. Bawang putih adalah anti penularan penyakit..... tak caya.... kalau kena bisul, cuba potong bawang putih dan sapu getahnya kat bisul tadi, adakah dia akan menular? Jawapannya TIDAK!!!! Bisul akan kecut dan mati sendiri.
4.. Kalau selsema, tumbuk bawang putih dan masukkan dalam air panas, kemudian hirup wapnya, selsema akan pulih....tak caya....cubala
5.. Kalau bengkak2, ambil bawang putih hancurkan dalam minyak dan sapu kat tempat bengkak tadi..... mujarabkan?

Sebenarnya banyak lagi kebaikkan bawang putih. Ia selalu dirahsiakan dari kita.

Saya ambil contoh disini....... kalau anda pernah nampak bangsa asing memasak (masak BABI contohnya), kenapa begitu banyak bawang putih dimasukkan. Kalau rancangan masakkan luar negara, kenapa bawang putih adalah salah satu yang utama dan begitu banyak digunakan?

Jadi kat sini saya ingin berkongsi beberapa perkara tentang cara rawatannya

1.. Bakar satu labu bawang putih, bila dah lembik keluarkan isinya, hancurkan dan masukkan dalam sup atau bahan berkuah
2.. perbanyakan penggunaan bawang putih dalam masakan
3.. Ambil tablet atau kapsul bawang putih yang dijual di farmasi di seluruh negara.....mesti ada sebab kenapa ianya dijualkan.
4.. dan kalau boleh amalkan selalu penggunaanya......

Saya ingin sama2 berkongsi apa yang saya tahu, jika ada salah silap pohon ampun dan maaf, Jika fakta yang diberi tidak betul, jangan la saman saya. Tak salah kita mencubanya. Insya-Allah

Tolong Sebarkan.......semoga Allah merestui kita....amin





makanla seberapa kerap bawang putih seperti yang diamalkan oleh bangsa lain yang 'putih'.

Wednesday, September 9, 2009

demam ooo demam



Hari nie satu family demam dan batuk2,bermula dengan ummi>aku>mok chek>iqa.Kesian iqa kena gok,petang terus bawak dia pergi klinik.Bahaya kalau demam ni tambah2 baby yang kena.Kita yang tua nie pun rasa dah tak larat inikan pula baby yang tak tahu bercakap.Hari ni memang fully rest secukupnye memang kami tak larat.Mok chek pengsan dalam bilik dia dah.Ummi n syafiqa rehat dalam bilik tidur.Pehh memang tak larat long oiii.Tak tahu nak buka dgn apa tapi semua memang dah tak de selera.Tekak kering dan asyik batuk2 ajer semua.Termasuk syafiqa batuk2 cian anak abah.Rasanyer aku pun nok gi semayang zohor dulu pastu nak rilek jap sambil tunggu asar.Ok sampai sini dulu nanti kalau larat aku updated lagi blog.kalau x mmg tak larat la tu.Selamat berbuka...

Tuesday, September 8, 2009

mat said ooo mat said

guane gamok tuh?

aduhaiii x laratnyer...

Semalam bersahur dengn gulai daging,ikan selar goreng dan ikan masin goreng.Sedap gak panas2 makan tambah pulak dengan air suam kosong.Pehh menambah aku ari ni.Lepas sahur tunggu azan subuh sambil main2 dgn iqa.Ummi dan mok chek tengok Tv3 cerita Iftitah,best jugak layan cerita tu kadang.Azan Subuh berkumandang maka dengan itulah tiada lagi bahan yang dibenarkan masuk dalam perut ni.Aku terus ke bilik air untuk ambik wudhu dan menunaikan solat Subuh.Mata mengantuk sangat rasenyer maklumlah semalam sepagian aku duk bertenet jer sampai masuk waktu bersahur.Dahla siang terus tidur sampai ke petang,alih2 bangun dah demam,badan panas semacam tambah pulak batuk2.Ummi balik kerja penat terus masak untuk berbuka.Menu ari ni sup tulang,sayur dan ikan goreng.Ummi pun tak larat memang dia dah demam dan sakit tekak dari semalam lagi.Lepas Isyak terus kami pergi ke kpmc sebab tak larat sangat dah ummi nampaknyer.Sampai kpmc nasib baik tak ramai orang time tu.Mungkin orang ramai gi Terawih kot atau tak banyak orang sakit malam tu agaknya.OOO tak kisahla janji kami tak tunggu lama jumpa doktor.Doktor cakap cuma demam biasa jer tak de yang serius,pehh lega rasanyer dr ckp gitu,takut gak almaklumla sekarang ni mcm2 virus yang melanda.Ummi dapat mc sehari untuk esok,so dapatla dia rilek sehari esok.Okla tu.

Monday, September 7, 2009

tidur sayang tidur


Mmmm malasnyer nak updated blog ari nie.Dah jadi macam diari pulak blog ni aku rase.Padahal masa zaman2 sekolah dulu bila time subjek english adalah teacher suruh buat journal tentang perihal sehari2.Setiap sebulan nak kena review kat dalam class sorang demi sorang.Leceh kan.
Sekarang ni kul 2am,tadi baru bangun kul 12 tadi,tak tersedar pulak tertidur sedangkan lps solat maghrib tadi terus aku mendapatkan iqa sebab ummi dia nak semayang pulak.Gitula rutin2 baru sejak bergelar parent nie,terpaksa bergilir2.Dah dapatkan iqa aku terus dukung dia tersengih2 muke dia bila aku dukung.Uminyer pun masuk dalam bilik semayang+mengaji.Tinggal aku n iqa kat ruang tamu,tgk berita jap apa dah jadi dunia ari ni?Aku pun terus duduk di sofa pjg sambil dukung iqa.Waaaaa nagis pulak si iqa nie,merenget2 tak nak bagi aku duduk la tu.Bila aku bangun terus dia senyap,apahal baby girl aku ni asyik nak berdukung jer 24jam siap demand x bagi duduk atau letak baring dia kat bawah.Aku usung dia dari ruang tamu,dapur pastu ke balkoni terus senyap sambil sengih2.Lengoh jugak rasenyer dukung iqa lama2 nie,tak silap aku berat dia dh 7kg.
Terdengar suara ummi start mengaji,aku bawak iqa masuk dalam bilik.Letak atas katil sebelah ummi dia sedang kusyuk mengaji,diam la pulak si iqa nie, mungkin dia nak mengaji jugak kot.Aku pun baring kat sebelah iqa sambil peluk2 dia.Nampak macam mata dia dah nak lali,aku pun terus dodoi dia.Menghayati bacaan Al-quraan yang dibaca oleh ummi buat iqa terus senyap sambil terkamit2 mulut dia 'menegor'.'Ralik' aku dengan telatah dia sambil aku dodoi dia,"tidur sayang tidur".Tup-tup aku yang tidur dulu.'Rezakla' abah nie.hehehehe.

Sunday, September 6, 2009

Kaki Botol Pening

Menurut akhbar The Star, pegawai masjid, imam, nazir, bilal dan siak di Selangor kini diberikan kuasa menangkap orang Islam meminum arak di tempat awam, menjual serta menyimpan minuman keras.

Kenyataan dikeluarkan Exco Hal Ehwal Islam Selangor, Datuk Dr. Hassan Ali.

Dilaporkan lebih 1,500 penguatkuasa agama bakal melaksanakan enakmen terbaharu dijangka mampu mengheret suspek ke Mahkamah Syariah.

Justeru, untuk mengelak ditahan penguatkuasa agama, kaki botol Melayu di Selangor pening, barangkali mereka terpaksa membeli arak di kedai serbaneka dan mabuk di rumah.

Setakat ini kedai serbaneka di Selangor antaranya, 7-Eleven, menjual dan menyimpan arak, menggajikan majoriti pekerja Melayu.

Bersama kita perhatikan dalam tempoh terdekat, apakah tindakan 7-Eleven selanjutnya? Buang arak atau buang pekerja Melayu?

Jalur Gemilang Dihina

Sambutan ulangtahun hari kemerdekaan Malaysia ke-52 berlangsung sederhana semalam di Dataran Parlimen, Kuala Lumpur.

Sewaktu mengendalikan rancangan Malaysia Hari Ini semalam dua kali saya membangkitkan perihal blogger negara jiran secara berterusan ‘menyerang’ Malaysia dari pelbagai aspek.

Saya percaya media tempatan enggan memperbesar-besarkan isu ini demi menjaga hubungan bilateral kedua negara. Jika maklumat ditapis, ada pihak melenting kerana menurut mereka maklumat dunia maya seharusnya kekal bebas tanpa suntingan.

Terbaharu di blog ‘malaycelaka’, klik di sini, gambar Jalur Gemilang diletakkan di atas tahi, satu penghinaan teramat.

Sebelum ini, blogger tempatan menterbalikkan Jalur Gemilang, simbol bangkangan, disiasat pihak berkuasa.

Jam 3.50 petang tadi, saya menghubungi pegawai Majlis Keselamatan Negara memaklumkan beliau berhubung blog terbabit. Kita lihat pihak mana berani mengambil tindakan tegas terhadap blogger Indonesia ini.

Jika tiada tindakan dilaksanakan, ertinya kita reda Jalur Gemilang dihina.

* Gambar dimuat turun dari blog http://malaycelaka.blogspot.com

Mana pergi semua udang ari nie?

“Mama tak tahu di KFC ada udang?,” soal seorang anak kepada ibunya.

“KFC ada udang?,” soal si ibu

“Mama mesti tak tengok iklan TV,” balasnya.

Begitu besar pengaruh iklan khusus kepada anak kecil berusia 8 tahun.


Mereka kemudian ke KFC di Tesco, Semenyih.Selepas membeli belah di tingkat atas hypermarket tersebut.

Saya percaya wajah mereka berubah sejurus melihat hidangan sebenar Shrimp Stix itu. Gambar iklan terbabit saya sertakan. Manakala gambar hidangan dan saiz sebenar Shrimp Stix saya muat turun dari blog mind-thinker.

Saya faham, KFC berhasrat mempromosikan hidangan terbaharu restoran makanan segera itu. Tindakan terbabit tidak salah, satu daripada strategi pemasaran. Saya yakin setiap iklan disertakan kenyataan bersyarat, umpamanya, ‘Gambar hiasan untuk promosi’.

Bagaimanapun, tidak semua pelanggan membaca kenyataan itu secara teliti. Mereka hanya cenderung dan tertarik melihat gambar hidangan ditawarkan. Jika dilihat iklan, saiz Shrimp Stix kelihatan hampir sama saiz ketulan ayam. Walhal, hakikatnya saiz sebenar jauh berbeza. Shirimp Stix hanya sebesar kelingking sahaja.Sebenarnya saya dan keluarga "tertipu" juga sebelumnya.

Apapun, saya percaya, sekali membeli, pelanggan tidak akan terkeliru lagi.

Thursday, August 27, 2009

1st day buke pose at kuantan






Ramadhan dah tiba 20/08/09.1st day pose memang memenatkan ye tak.Maklumlah dah lama tak puasa wajib.Sunat pun jarang2 sekali nak buat.Kalu perempuan bolehla ganti2 mana yg ter"missed" tu ye tak.Bagi lelaki gantang yg penuh posenyer ni alhamdulillah syukur dapat bertahan lagi walau usia agak di hujung remaja.Masih bisa ku tahan lapar dan dahaga.Alhamdulillah Ramadhan tahun ni penuh dengan keceriaan bagiku kerana tak seperti tahun2 yang sudah asyik berdua jer berbuka.Tahun ni jeng jeng jeng kami berempat kadang2 berlima.Syukur alhamdulillah terasa xla kesunyian sangat kan.Hari pertama berpuasa nak berbuka dengan apa yek?Di kepala memikir pasar ramadhan kat Tmn Zamrud,PKNS Bangi,Bdr Teknologi.Jam baru 10 pagi tapi kepala dah "koya" memikirkan juadah apa yang perlu dirasmikan untuk berbuka puasa pada hari yang pertama ini.Ye la kan aku ni seorang yang suka makan.Sedang asyik mengelamun tiba2 hati tersentak teringatkan plan hendak ke kuantan ari nie.Terlupa lak yang aku belum bagi kata putus dekat alang(adik) yang kami ingin berbuka puasa di kuantan.Mmm lalu aku mencapai telepon aku yg xde 3g ni lalu ku tekan nama alang untuk didial.Alamak air time celcom tamat tempoh lak telefon kat umah aku berbelas2 biji tapi satu pun xleh pakai sebab kredit dah pokai.Last2 sekali terpaksa pakai telepon rumah.Yang nie memang ade jer kredit dia sebab pakai dulu nanti cukup bayar,hahaha.Aku telefon alang, kebetulan dia ada kat umah tak kerja katanya sebab tunggu aku satu family datang.Laaa semalam cakap ari nie kerja siang tapi tak kerja pulak katanya.Tengah pasang kipas siling baru dalam bilik.Oooo takut syafiqa panas yer.Cepat2 dia pergi beli kipas baru.Abih cerita aku cakap kat alang yang aku nak ajak dia makan kat luar ajer x yah susah2 masak kat umah.Dia cakap ok.Aku pun inform kat wife n adik ipar aku yang kiter semua pergi berbuka puasa kat kuantan ari ni.Diorang on jer, ari sabtu la katakan esok ahad pulak.Bolehla tidur semalaman kat sana.Alang n family pun dah sound aku. asyik2 kitaorang jer pergi tidur rumah mu,mu tak rajin pun gi jalan umoh aku kuantan.Hehehe memang betul pun aku n family x pernah pun bermalam kat umah dia.Kalau ada pun singgah kejap jer tu pun samada nak balik trg atau on da way balik kl dr trg.Okla ari nie turun ktn ooo jauhnyer buker pose tahun nie.Tapi xpela lama x tgk adam danish(anak sedara).Dia pun duk bising2 kat telefon nak jumpe adik syika.Lepas Zohor lebih kurang kul 3pm kami bertolakla ke ktn.Sampai Ktn dalam kul 6pm.Aku tanya alang,"mu doh booking ke makanan kat tempat Tomyam tu?"Dia jawab, "xpun.Tak lagi?Abih camana nie nak buker pose?Soal aku.Dia kata kat kedai tomyam tu tak sesuai nak bawak baby,ramai orang "bolok".Maklumla sekarang nie duk sibuk dgn H1N1 ye tak.Takut gak dier.Tapi kalu pikir logik betul gak kat Kuantan da byk jadi mangsa virus selsema babi nie.So kita nak buka pose kat aner?Tanya aku kat Alang.Dia cadangkan kat MS Garden Hotel, kat sana ada open buffet for buka pose.Aku tanye braper se kepala?Dia kata Rm45++ seorang.Aku tanya wife dia onn jer sebab nak rasa mcmana buker pose kat hotel.So dipendekkan cerita kami semua berbuka pose kat hotel ari tu.Burrg kenyang semuanyer.Dari waktu buke pose sampai kul 10 mlm kami mkn n mkn sahaja.Memang berbaloi,makanan pun best.Paling best kambing golek.yum yum.Alhamdulillah.

Posted by Picasa

main boling ampang superbowl

Masa ni ada acara main boling anjuran kelab agrobank salak tinggi.Team couple competition,kitaorang dapat last skali score.Ok la tu sebab memang tak pandai pun main boling pun.Tak macam diorang semua dah expert giler dah.So event nie memang fun selain boleh merapatkan hubungan sesama ahli dan family.













ahli family agrobank salak height terima cek kemenangan


acara main boling agrobank










Posted by Picasa