Thursday, August 27, 2009

1st day buke pose at kuantan






Ramadhan dah tiba 20/08/09.1st day pose memang memenatkan ye tak.Maklumlah dah lama tak puasa wajib.Sunat pun jarang2 sekali nak buat.Kalu perempuan bolehla ganti2 mana yg ter"missed" tu ye tak.Bagi lelaki gantang yg penuh posenyer ni alhamdulillah syukur dapat bertahan lagi walau usia agak di hujung remaja.Masih bisa ku tahan lapar dan dahaga.Alhamdulillah Ramadhan tahun ni penuh dengan keceriaan bagiku kerana tak seperti tahun2 yang sudah asyik berdua jer berbuka.Tahun ni jeng jeng jeng kami berempat kadang2 berlima.Syukur alhamdulillah terasa xla kesunyian sangat kan.Hari pertama berpuasa nak berbuka dengan apa yek?Di kepala memikir pasar ramadhan kat Tmn Zamrud,PKNS Bangi,Bdr Teknologi.Jam baru 10 pagi tapi kepala dah "koya" memikirkan juadah apa yang perlu dirasmikan untuk berbuka puasa pada hari yang pertama ini.Ye la kan aku ni seorang yang suka makan.Sedang asyik mengelamun tiba2 hati tersentak teringatkan plan hendak ke kuantan ari nie.Terlupa lak yang aku belum bagi kata putus dekat alang(adik) yang kami ingin berbuka puasa di kuantan.Mmm lalu aku mencapai telepon aku yg xde 3g ni lalu ku tekan nama alang untuk didial.Alamak air time celcom tamat tempoh lak telefon kat umah aku berbelas2 biji tapi satu pun xleh pakai sebab kredit dah pokai.Last2 sekali terpaksa pakai telepon rumah.Yang nie memang ade jer kredit dia sebab pakai dulu nanti cukup bayar,hahaha.Aku telefon alang, kebetulan dia ada kat umah tak kerja katanya sebab tunggu aku satu family datang.Laaa semalam cakap ari nie kerja siang tapi tak kerja pulak katanya.Tengah pasang kipas siling baru dalam bilik.Oooo takut syafiqa panas yer.Cepat2 dia pergi beli kipas baru.Abih cerita aku cakap kat alang yang aku nak ajak dia makan kat luar ajer x yah susah2 masak kat umah.Dia cakap ok.Aku pun inform kat wife n adik ipar aku yang kiter semua pergi berbuka puasa kat kuantan ari ni.Diorang on jer, ari sabtu la katakan esok ahad pulak.Bolehla tidur semalaman kat sana.Alang n family pun dah sound aku. asyik2 kitaorang jer pergi tidur rumah mu,mu tak rajin pun gi jalan umoh aku kuantan.Hehehe memang betul pun aku n family x pernah pun bermalam kat umah dia.Kalau ada pun singgah kejap jer tu pun samada nak balik trg atau on da way balik kl dr trg.Okla ari nie turun ktn ooo jauhnyer buker pose tahun nie.Tapi xpela lama x tgk adam danish(anak sedara).Dia pun duk bising2 kat telefon nak jumpe adik syika.Lepas Zohor lebih kurang kul 3pm kami bertolakla ke ktn.Sampai Ktn dalam kul 6pm.Aku tanya alang,"mu doh booking ke makanan kat tempat Tomyam tu?"Dia jawab, "xpun.Tak lagi?Abih camana nie nak buker pose?Soal aku.Dia kata kat kedai tomyam tu tak sesuai nak bawak baby,ramai orang "bolok".Maklumla sekarang nie duk sibuk dgn H1N1 ye tak.Takut gak dier.Tapi kalu pikir logik betul gak kat Kuantan da byk jadi mangsa virus selsema babi nie.So kita nak buka pose kat aner?Tanya aku kat Alang.Dia cadangkan kat MS Garden Hotel, kat sana ada open buffet for buka pose.Aku tanye braper se kepala?Dia kata Rm45++ seorang.Aku tanya wife dia onn jer sebab nak rasa mcmana buker pose kat hotel.So dipendekkan cerita kami semua berbuka pose kat hotel ari tu.Burrg kenyang semuanyer.Dari waktu buke pose sampai kul 10 mlm kami mkn n mkn sahaja.Memang berbaloi,makanan pun best.Paling best kambing golek.yum yum.Alhamdulillah.

Posted by Picasa

main boling ampang superbowl

Masa ni ada acara main boling anjuran kelab agrobank salak tinggi.Team couple competition,kitaorang dapat last skali score.Ok la tu sebab memang tak pandai pun main boling pun.Tak macam diorang semua dah expert giler dah.So event nie memang fun selain boleh merapatkan hubungan sesama ahli dan family.













ahli family agrobank salak height terima cek kemenangan


acara main boling agrobank










Posted by Picasa

rahsia budu?

Budu by jazmyn.
Misteri yang baru terungkap. Khazanah yang belum dikenali ramai tapi sudah lama diamalkan di Pantai Timur. Budu atau sos bilis yang berasal dari negeri Trg dan Klate ini mendapat perhatian dan menjadi kajian para ahli pemakanan berkhasiat Jepun, Amerika , Australia , New Zealand dan Jerman.

Penemuan baru-baru ini membuktikan kandungan budu memiliki Gluthaione sebagai bahan antioksidan, mengeluarkan sisa toxic dan meningkatkan daya tahan tubuh (immune) yang dapat memerangi pelbagai penyakit merbahaya dan menghalang kanser. Kenyataan ini bagaikan satu kejutan bagi golongan yang selama ini memperlekehkan kewujudan budu yang dianggapmakan "kuno". Budu berpotensi untuk melawan radikal bebas sehingga dapat menghalang proses penuaan dan mencegah koroner jantung, diabetes, kanser dan selainnya pada peringkat lebih awal.

Kajian mendalam juga mendapati budu turut mengandungi zat antibakteria penyebab diare, penurunan kolestrol darah,pencegah penyakit jantung dan hipertensi . Budu memiliki zat gizi yang lebih mudah dicerna,diserap dan dimanfaatkan oleh tubuh berbanding jenis protein yang lain. Khasiat budu yang diproses dari ikan bilis yang diperam terbukti mampu mengatasi masalah kanak-kanak yang menderita penyakit diare kronis akibat kurang zat pada tubuh, mampu menggalakkan pertumbuhan berat badan bagi golongan yang menderita penyakit diare kronis ini serta menyembuhkannya dalam waktu singkat.

Ia juga dapat mempertingkatkan IQ kepada sesiapa yang
memakannya,kerana ia merangsangkan sel-sel otak dan akan memperkukuhkan ikatan di antara neuron-neuron serta menguatkan neuron2 yang emah.Pemakanan budu turut bertindak membantutkan pertumbuhan bakteria raffinosa dan stokiosa, penyebab utama gejala flatulensi dan kembung perut bagi kanak-kanak dan orang dewasa.

2 kelompok vitamin yang terdapat pada budu iaitu,vitamin larut air(vitamin B Kompleks) dan vitamin larut lemak (vitamin A,D, E dan K). Budu merupakan sumber vitamin B yang paling banyak menyumbang kepada pecahan lain seperti vitamin B1 thiamin), vitamin B2(riboflavin)-, asid pantotenat, asid niasin, vitamin B6 dan vitamin 12 (sianokobalamin)-. Secara saintifik, budu merupakan penyumbang utama vitamin B12 yang dihasilkan oleh bakteria klebsiella pneum! oniae dan Citrobacter frundiin - yang mana Vitamin B12 ini tidak dimiliki dari mana-mana sumber makanan laut, ikan-ikan dan daging-daging lain. Ianya perlu untuk pembentukan sel darah merah, di mana kekurangan vitaman ini mengakibatkan terjadinya penyakit anemia perisiosa (pucat), sakit perut dan berat badan menurun.

Kadar Vitamin B12 dalam budu adalah di antara 1.5 sehingga 6.3 mikrogram per 100 gram bagi setiap satu hidangan atau 2 sudu besar. Jumlah ini jauh lebih cukup untuk keperluan badan manusia dalam sehari. Dengan adanya vitamin B12 para pengamal diet jaga badan) tidak perlu lagi merasa khuatir akan kekurangan vitamin B12 di dalam badan. Selain pembekal kepada protein yang tinggi, ia turut mengandungi mineral makro dan mikrodalam jumlah yang cukup. Jumlah mineral zat besi, kalsium dan magnesium adalah sebanyak 9,39, 2,87 dan 8.05mg bagi setiap 100 gram budu. Budu juga mengandungi zat antioksidan dalam bentuk isoflavon. Seperti halnya vitamin C, vitamin E dan karotenoid, isoflavon juga merupakan antioksidan yang sangat diperlukan oleh tubuh untuk menghentikan reaksi pembentukan radikal bebas. Radikal bebas merupakan atom atau molekul yang mempunyai satu atau lebih elektron yang tidak berpasangan, sehingga menjadi sangat aktif hingga menyebabkan ketumbuhan tumor, kanser, penuaan dan kematian sel. Radikal bebas didapati berpunca dari makan seharian yang dimakan dan juga dari reaksi yang terjadi di dalam tubuh. Adanya antioksidan didalam budu akan mencegah pembentukan radikal bebas tersebut.

Kebiasaannya di dalam apa jua jenis ikan terdapat 3 jenis isoflavon! (unsur antioksidan) iaitu daidzein,glisitein dan genistien. Pada budu, di samping 2 jenis unsur ini, terdapat juga antioksidan faktor 11 (6, 7, 4 trihidroksi soflavon) yang mempunyai sifat antioksidan paling kuat dibandingkan isoflavon dalam ikan-ikan lain.

Penelitian yang dilakukan di University North Carolina , Amerika Syarikat menemukan bahawa unsur genestein dan phytoestrogen yang terdapat pada budu terbukti dapat mencegah penyakit kanser, proses penuaan dan kanser payudara. Penyakit jantung koroner (PJK) merupakan salah satu bentuk kelainan pembuluh darah koroner akibat penumpuan lemak di dalam dinding pembuluh
darah iaitu satu keadaan yang disebut aterosklerosis. Ini mungkin
disebabkan oleh faktor usia, pemakanan, jantina dan keturunan.

Manakala faktor dimodifikasi adalah peningkatan kadar lipida darah (hiperkolestrolemia-), hipertensi, obesiti, stress dan kurang aktiviti lasak.Pemakanan budu yang mempunyai sifathipokolesterolemik (menurunkan lemak darah) seperti kandungan protein,serta makanan, niasin, vitamin E,
karotenoid dan kalsium. Satu ujikaji rambang yang dijalankan mendapati pengambilan budu sebanyak 150 gm sehari selama 2 minggu dapat menurunkan kadar kolestrol ke tahap luar dari jangkaan. Selain dari sumber protein yang berkualiti tinggi,budu turut dikenali sebagai sumber serat(dietary fiber) yang baik.

Kandungan serat didalam budu mampu mencapai di antara 8 hingga 10% bagi setiap 100 gm. Ia menyumbangkan kepada 30% dari jumlah serat yang dianjurkan oleh National Cancer Reserach. Berbanding serat di dalam ikan-ikan atau sumber protein lain, serat pada tempe atau budu lebih mudah untuk dicernakan. Dari apa yang dinyatakan ini jelas sekali bahawa khasiat serta kebaikan sepiring budu yang dimakan
bersama hidangan nasi pagi, tengahari dan malam melampau jangkauan yang anda fikirkan.

Budu umpama seteguk air multivitamin yang menyumbang kepada pelbagai keperluan untuk tubuh badan. so minumlah budu mcm minum air mineral ........he he...

Wednesday, August 26, 2009

Kesimpulan

Ringkasnya, apabila diberhentikan kerja, usah terlalu berasa kecewa dan putus asa. Sentiasa berfikiran positif, jadikan ia sebagai titik permulaan bagi memulakan kehidupan baru yang lebih baik. Rezeki ada dimana-mana, yang penting kena rajin berusaha dan beriktiar.

Sekian.

Memulakan Perniagaan?

Ada juga yang bercadang untuk memulakan perniagaan apabila mereka telah kehilangan pekerjaan. Walaupun idea ini kelihatan agak baik, tetapi ia perlu juga dilihat dari beberapa faktor. Jikalau sebelum ini anda memang sudah mempunyai minat dan sedikit ilmu tentang perniagaan, ianya mungkin baik untuk dicuba. Inilah masanya untuk anda mencuba dan membuktikan segala ilmu yang terpendam di dada.

Tetapi bagi yang tak pernah ingin ambil tahu tentang perniagaan sebelum ini dan tidak minat terhadapnya, memulakan perniagan pada waktu ini adalah tidak digalakkan. Ianya kelak hanya akan menambahkan kekecewaan dan tekanan kepada diri.

Mulakan Pencarian Kerja Baru Secepat Mungkin

Satu lagi perkara yang sering dilakukan oleh mereka yang diberhentikan kerja, mereka akan cuba cari pekerjaan di tempat lain yang setaraf atau lebih kurang sama dengan pekerjaan sebelumnya. Jika anda mempunyai dana kecemasan yang banyak yang boleh menampung kehidupan anda selama beberapa bulan sebelum anda berjaya memperolehi “pekerjaan” yang “sesuai” dengan status anda . Maka, ia mungkin tidak menjadi masalah. Masalah timbul jika anda tidak mempunyai sebarang dana kecemasan, ditambah lagi dengan bebanan tanggungjawap yang besar sebagai seorang ketua keluarga, maka, keegooan diri itu perlu direndahkan sedikit, buat masa ini, adalah baik untuk terima sahaja dulu apa-apa pekerjaan yang muncul di depan mata (yang halal la). Cashier di pasar raya, attendan pam minyak, pelayan di kedai makan atau sebagainya. Sekurang-kurangnya, dengan pekerjaan tersebut, ia membolehkan anda mempunyai sedikit punca pendapatan setiap bulan , ianya lebih baik daripada tiada langsung.

Saturday, August 15, 2009

nak buat apa lepas kena retrachment?

1 april 2009 tarikh keramat bagiku untuk ku ingat kerana pada tarikh tersebut aku telah diberhentikan kerja akibat kegawatan ekonomi yang melanda company kanzen.huhuhuhu sedih tak terkata.tak dapat diucapkan dgn kata2.kenapa,mengapa terjadi terhadap aku.arghhh tak tercapai oleh akalku untk ku memikirkannya.3 april 2009 mak mertua kesayanganku pula pulang ke rahmatullah ketika tiba di ijn.bertambah sedih dan pilu jiwaku ini.ya Allah pedih betul dugaan kali ini.aku memanjat doa moga mok berada dalam keaaan tenang dan di tempstksn bersama golongan syafie,syahadah dan nur syurgamu ya Allah.17 april 2009 bermula detik bahagia aku dan isteri kerna kehadiran puteri sulung kami yg ditunggu.wan nuraisyah syafiqa nama diberi setalah berbincang sebulat suara dgn mama n papaku.syafiqa we love u very much.kembali ke tajuk di atas nak buat apa yek?aku try jugak buat bisnes air tebu n buah.jln jgk busnes ni buat dpn skolsh kt kjg utama.kongsi gn member yg senasibku mat yie.mula2 masyuk gak.lps aku duk bercuti kat kg dkt 2 bln.bisnes ke mana modal, untung entah ke mana.mmm xtahula.x jln jgk.aku ada mohon spa kt internet xtahu dpt ke x?program train n place pun aku mohon.12 hb nk escort adik ipar konvo di usm png.nasib baik aku free.kalu tgh keje kanzen time ni x dptla cuti gamaknyer.mmm puasa nk dkt dh mcmana dgn kerja.lps sebulan brpuasa dh tentu rayakan?raya?mungki raya tahun nie ada best n ade yg x best.mmm sendiri mau ingatla apa yg x bestkan.y bestnyer raya thn nie kami ber3 bkn ber2.insyallah lps abah cuti raya ngan ummi kt kg.sampai kl abah akan cari kerja.berusaha utk keluarga yg tercinta.doakan saya ya semua..