Tuesday, January 20, 2009

takut terjadi?

Menteri Sumber Manusia Datuk Dr S Subramaniam mengingatkan majikan yang mahu memberhentikan pekerja, memotong gaji atau menawarkan skim pemisahan sukarela (VSS) perlu memaklumkan kepada Jabatan Tenaga Kerja (JTK) 30 hari lebih awal. Borang Pemberhentian Kerja perlulah dihantar terlebih dahulu yang terdapat di http://jtksm.mohr.gov.my. Denda sebanyak RM10,000 akan dikenakan kepada mereka yang ingkar.

"Kita telah menubuhkan pusat tindakan di setiap daerah bagi memantau syarikat-syarikat atau majikan yang mungkin menghadapi kesulitan kewangan semasa situasi ekonomi sekarang. Pegawai-pegawai kita akan melawat syarikat-syarikat ini dan menyediakan laporan mingguan yang akan dihantar ke pejabat negeri dan kemudian disusun di peringkat pusat,” katanya. –Malaysia Today

No comments: