Sunday, April 12, 2009

lastly saya diberhentikan kerja akibat ekonomi

mmmm 1 april 2009 menjadi tarikh sejarah buat saya.pada tarikh tersebut saya telah diberhentikan kerja dgn notis 24jam.atas alasan kegawatan ekonomi.sebelum nie kilang saya telah membuat beberapa langkah untuk mengurangkan kos seperti potongan gaji sebanyak 10% pada level eksukutif.dan pada saya dibahagian pengeluaran pulak diwajibkan mengambil cuti sebanyak 4 hari dalam sebulan.that's mean 4 hari gaji dipotong selama sebulan bekerja.berapa sen sangatla yg tinggal.boleh dihutung dgn jari berapa gaji yg keluar.nak bayar hutang bank spt kereta,personal loan,rumah dll pun x lps.terpaksala hutang yg setengahnyer dibiarkan tertungggak.mmm x tahula apala nasib.kebetulan pula pada bulan ni my1st baby nak keluar pulak.mmm dugaan yg harus ditempuhi dgn hati yg tenang dan tawakal.bersyukur pada Allah coz wife saya cukup understanding dan dia masih lg bekerja walaupun sayap kami patah sebelah.mmm selang 2 hari iaitu 3 april juga menjadi tarikh yg tersemat dihati kerana ibu mertua tersayang telah pergi kerahmatullah ketika kami sampai ke ijn.pilu dan sebak rasa dihati.baru terluka kini bertambah lagi sebak didada.aku anggap ini sebagai dugaan Yang Maha Esa.ku terima qada dan qadar dgn penuh keinsafan.moga pada 12 april ni membuka lembaran baru dalam hidupku untuk memulakan perniagaan kecil-kecilan bersama kawan senasib.air dan buah-buahan tepi jalan.ya apa nak dimalukan ...aku mesti terus hidup demi keluarga yg tersayang.walaupun sebelum nie makan gaji purata sebulan dpt la rm3000k sebulan.mungkin kali nie aku patut bersyukur apa yg diberi.dan percaya kepada rezeki tuhan.insyallah...moga2 aku berjaya.

No comments: