Wednesday, August 26, 2009

Mulakan Pencarian Kerja Baru Secepat Mungkin

Satu lagi perkara yang sering dilakukan oleh mereka yang diberhentikan kerja, mereka akan cuba cari pekerjaan di tempat lain yang setaraf atau lebih kurang sama dengan pekerjaan sebelumnya. Jika anda mempunyai dana kecemasan yang banyak yang boleh menampung kehidupan anda selama beberapa bulan sebelum anda berjaya memperolehi “pekerjaan” yang “sesuai” dengan status anda . Maka, ia mungkin tidak menjadi masalah. Masalah timbul jika anda tidak mempunyai sebarang dana kecemasan, ditambah lagi dengan bebanan tanggungjawap yang besar sebagai seorang ketua keluarga, maka, keegooan diri itu perlu direndahkan sedikit, buat masa ini, adalah baik untuk terima sahaja dulu apa-apa pekerjaan yang muncul di depan mata (yang halal la). Cashier di pasar raya, attendan pam minyak, pelayan di kedai makan atau sebagainya. Sekurang-kurangnya, dengan pekerjaan tersebut, ia membolehkan anda mempunyai sedikit punca pendapatan setiap bulan , ianya lebih baik daripada tiada langsung.

No comments: