Sunday, September 6, 2009

Mana pergi semua udang ari nie?

“Mama tak tahu di KFC ada udang?,” soal seorang anak kepada ibunya.

“KFC ada udang?,” soal si ibu

“Mama mesti tak tengok iklan TV,” balasnya.

Begitu besar pengaruh iklan khusus kepada anak kecil berusia 8 tahun.


Mereka kemudian ke KFC di Tesco, Semenyih.Selepas membeli belah di tingkat atas hypermarket tersebut.

Saya percaya wajah mereka berubah sejurus melihat hidangan sebenar Shrimp Stix itu. Gambar iklan terbabit saya sertakan. Manakala gambar hidangan dan saiz sebenar Shrimp Stix saya muat turun dari blog mind-thinker.

Saya faham, KFC berhasrat mempromosikan hidangan terbaharu restoran makanan segera itu. Tindakan terbabit tidak salah, satu daripada strategi pemasaran. Saya yakin setiap iklan disertakan kenyataan bersyarat, umpamanya, ‘Gambar hiasan untuk promosi’.

Bagaimanapun, tidak semua pelanggan membaca kenyataan itu secara teliti. Mereka hanya cenderung dan tertarik melihat gambar hidangan ditawarkan. Jika dilihat iklan, saiz Shrimp Stix kelihatan hampir sama saiz ketulan ayam. Walhal, hakikatnya saiz sebenar jauh berbeza. Shirimp Stix hanya sebesar kelingking sahaja.Sebenarnya saya dan keluarga "tertipu" juga sebelumnya.

Apapun, saya percaya, sekali membeli, pelanggan tidak akan terkeliru lagi.

No comments: